Sunday 24 August 2014

Syarat utama Ahli Bekam

PRINSIP DAN MEKANISME BEKAM (Syarat utama Ahli Bekam)

Dewasa ini pengubatan bekam semakin di kenal luas oleh masyarakat Malaysia. Kesimpulan itu didasarkan pada banyaknya pusat bekam yang boleh kita temui baik di bandar besar hingga ke pelusuk desa. Pusat-pusat tersebut sudah menjadi  pilihan bagi masyarakat yang menginginkan sihat secara alami, ilmiah, dan mendapatkan keberkahan kerana mengamalkan sunnah Nabi S.A.W.

Apabila sejenak kita menjengah ke belakang, kita akan menyedari bahawa sebenarnya perkembangan ilmu pengubatan bekam di Malaysia beberapa era perkembangan, dari tradisional hingga ke moden. Setiap kaedah serta teknik yang digunakan adalah berdasarkan penerimaan dari guru dan digunakan terus hingga ke era ilmu prinsip-prinsip bekam yang lebih bersistematik Pengubatan bekam tradisional yang dilakukan dengan alat-alat sederhana dan bersifat tradisional di masyarakat kita. Alat bekam yang digunakan antara lain adalah tanduk kerbau atau kambing, buluh, dan alat yang digunakan untuk menoreh biasanya sekadar mata pisau cukur biasa.

Seterusnya penggunaan, peralatan modern yang kebanyakan di import dari china . Teknik pengeluaran darah menggunakan sistem penusukan atau teknik jarum. Dengan erti kata lain menggunakan jarum sebagai kaedah mengeluarkan darah dari dalam kawasan epidermis kulit manusia.

Sehingga muncul pula selepas itu, bekam menggunakan mesin sedutan tenaga negatif. Bertambah pula dengan percambahan ilmu dalam bekam dengan campuran akupunktur.

Prinsip-prinsip dan etika ilmu bekam terus menerus diamalkan bagi memurnikan pengamalan bekam di kalangan masyarakat Malaysia, khususnya umat Islam.

Konsep diagnos, kesan dan rawat diterapkan di dalam rawatan bekam. Sebagai contohJika tubuh terlalu panas maka disejukkan. Jika tubuh terlalu hipo (masalah pathogen) maka dikeluarkan. Jika tubuh kekurangan sumber utama maka ditambah. Sumber-sumber  utama itu termasuklah, tenaga, darah, cecair jernih, cecair keruh, sumber genetic, sejuk dan panas.

7 sumber utama di atas tidak boleh berlebih (hiper)atau kurang (hipo). Maka jika ada orang yang kekurangan sumber utama harus ditambah, jika terlebih harus dikurangkan.

Bekam adalah terapi dengan prinsip pengimbang iaitu, mengurangkan panas berlebih atau mengeluarkan panas berlebihan. Yang berlebih adalah eksopatogen terutama angin, panas, dan api.

Bekam tidak boleh mengeluarkan eksopathogen yang lain, iaitu sejuk, lembab, dan kering.

Tetapi dalam pelaksanaan pathogen itu tidak berdiri sendiri. Biasanya berkombinasi dengan angin, kerana angin adalah pembawa pathogen yang lain. Contoh kombinasi:

1. Angin sejuk

2. Angin kering

3. Angin lembab

4. Angin panas

Jadi proses penyembuhan terjadi apabila bekam dilakukan pada titik-titik bekam yang telah dikesan, di mana titik ini akan bekerja langsung pada sistem endokrin, metabolisma dan peningkatan sistem imunisasi. Selain itu apabila seseorang membekam titik ini, maka akan terjadi pelepasan zat neuorokimia seperti endorphin yang boleh mengurangkan keperitan. Keperitan ini akan hilang disertai dengan peningkatan oksigen dan aliran darah dari titik yang dibekam tadi. Ini menyebabkan otot jadi tenang dan memudahkan proses kesihatan.

Di antara titik bekam yang ada di permukaan kulit dengan organ di dalam tubuh yang sakit atau tempat lain yang sakit dihubungkan dengan suatu tali atau wayar  dimana mereka menyebutnya sebagai meridian atau di dalam pengubatan Islam dipanggil Habl. Secara mudah, titik bekam ini boleh diibaratkan suis elektrik yang apabila ditekan akan mengalirkan eletrik ke seluruh tubuh melalui meridian tadi. Jadi, dari titik itulah tenaga akan mengalir ke seluruh tubuh. Demikian juga pathogen atau penyakit dari organ tubuh akan dialirkan melalui meridian, sehingga pathogen tadi dapat muncul pada meridian dari organ yang bersangkutan. Dan tenaga inilah yang menjaga sistem keseimbangan dan homeostasis tubuh. Tenaga ini terbentuk dari zat makanan dan dari udara paru-paru. Makanan dicernakan di dalam perut, sisa makanannya dibuang dalam bentuk air kencing (urin) atau najis (feses).

Makanya, cara gerak kerja bekam perlu dikenalpasti dan diambil kira oleh mereka yang mengamalkan bekam bagi mengelakkan berlakunya kesilapan atau kelalaian, yang sehingga membawa nama buruk serta fitnah kepada terapi bekam.

Seperti contoh, bekam basah, hijamah damamiyah, dimana setelah penghisapan kulit akan disambungkan dengan mengeluarkan darah, maka suhu kulit di kawasan bekam akan  meningkat. Hal ini disertai dengan pengaktifan kapiler, peningkatan kadar pengaliran darah di dalam  pembuluh darah, dan terjadilah proses perbaikan metabolisma. Secara tradisional, proses ini memberi pembaikan pengaliran darah, membuang darah beku atau tersumbat, membuang pathogen angin dan pathogen basah, melancarkan tenaga dalam aliran darah, membuang pathogen sejuk dan meredakan perit. Dibawah kesan penghisapan dan penarikan kulit kerana tekanan negatif ini, akan terjadi proses penekanan titik-titik tadi  tepat di bawah kulit disepanjang jaringan. Dengan demikian dapat dikatakan bahawa kesan terapi tidak hanya mengenai bahagian permukaan kulit yang dibekam saja, tetapi boleh menembusi  ke dalam jaringan di bawahnya.  Dengan demikian terapi bekam ini akan bekerja di sepanjang jaringan, dari permukaan tubuh ke organ, organ ke organ, organ ke jaringan penunjang,  ke bahagian tubuh kanan dan kiri, atas dan bawah, depan dan belakang ke empat anggota gerak, ke jaringan penunjang yang satu dengan lainnya, dan seterusnya.

Jelas, dengan gerak kerja seperti ini, pesakit akan sembuh dengan izin ALLAH dan dalam masa sama memberi kelegaan kepadanya.

Dan banyak lagi mekanisme bekam yang perlu diketahui khasnya, siapakah yang layak melakukan bekam, apakah kriteria seorang pembekam sehingga boleh digelar Ahli Bekam, dan lain-lain lagi.

No comments:

Post a Comment