Wednesday 6 February 2019

Bekam Alor Setar


Berbekam kurangkan kesakitan
SABTU, 29 SEPTEMBER 2018 @ 11:15 AM

Ketika proses berbekam dijalankan.
Oleh Hidayah Mohammad

Amalan berbekam mengeluarkan darah kotor dalam tubuh berupaya mengurangkan gejala penyakit.

Prosedur bekam basah atau atau bekam darah dilakukan mengikut syarat asas membantu mengurangkan derita sakit seperti darah tinggi, jantung, diabetes, migrain dan kolesterol dalam darah.

Namun disebabkan kurang maklumat sebahagian besar pesakit diabetes, umpamanya mengelakkan khuatir membawa kesan luka yang lebih serius.

Pesakit kencing manis mengaku mereka tidak berani melakukannya kerana terlalu percaya andaian diabetes menjadi lebih serius, selain trauma terhadap darah.

Tanpa mereka sedari, ia antara rawatan untuk mengurangkan masalah kencing manis dengan menurunkan paras gula dalam darah.

Turunkan paras insulin dalam darah

Pengamal Perubatan Alternatif Terapi (Bekam), Dr Rosmawati Mohamed, berkata bekam basah membantu pesakit kencing manis menurunkan paras insulin.

Rawatan secara sistematik mengikut prosedur asas terapi, selain pemantauan jurubekam membantu pesakit mendapatkan manfaat.

“Mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) British Company Sosiety (BCS), jurubekam terlebih perlu melakukan pemeriksaan awal dengan mengetahui sejarah pesakit sebelum prosedur dijalankan.

“Pesakit tidak boleh mengharapkan rawatan bekam semata-mata untuk pulih sepenuhnya, mereka perlu tingkatkan disiplin mengurangkan pengambilan makanan tinggi gula menerusi amalan makan secara sihat,” katanya.

Dr Rosmawati berkata demikian ketika ditemui sempena Wacana bertajuk Darah, Bekam dan Urut dari perspektif Etno-Sains Perubatan Alam Melayu, anjuran Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di Bangi baru-baru ini.

Terapi kurangkan kesakitan

Garis Panduan Amalan Perubatan Tradisional dan Komplementari: Bekam Kementerian Kesihatan, menyatakan rawatan tradisional seperti sebagai sebahagian daripada terapi alternatif mengurangkan kesakitan.

Sebagai contoh, berbekam mengeluarkan darah kotor dan toksin dari badan cara torehan pada badan, menggunakan tanduk atau cawan panas yang ditelungkupkan pada tempat ditoreh tadi.

Darah yang keluar kesan torehan adalah sel darah merah yang kotor dan rosak selepas tamat tempoh 120 hari.

Berdasarkan tempoh itu, beliau menggalakkan rawatan bekam basah dilakukan tiga atau empat bulan sekali. Jika darah kotor tidak dibersihkan dan hanya mengalir di sekitar salur darah, kesannya boleh menyebabkan saluran tersumbat.

Kaedah torehan yang sempurna, menggunakan pisau cukur yang diubahsuai dengan mematahkan sebahagian menjadi satu mata. Kedalaman pisau cukur berkenaan perlu tidak melebihi dua milimeter.

“Kedalaman itu sudah memadai untuk memberi kesan torehan berkesan iaitu tidak terlalu dalam atau cetek. Pastikan pisau tidak digunakan berulang kali sebaliknya dipakai buang.

“Kebanyakan pengamal bekam selesa menggunakan jarum khusus bekam yang memantul untuk mencucuk bahagian yang hendak dibekam,” katanya.

Patuhi 10 titik bekam

Terdapat 10 titik bekam tradisional mengikut sunnah pada seluruh tubuh tetapi boleh lebih banyak mengikut mengikut masalah yang dihadapi berdasarkan keperluan setiap individu.

Biarpun titik bekam boleh dilakukan seluruh tubuh, namun beliau berkata, rawatan itu tidak boleh dilakukan terlalu banyak untuk satu sesi.

Pesakit disaran melakukannya pada kuantiti lima hingga 10 cawan untuk satu sesi rawatan.

Pesakit juga dinasihat mengambil vaksin terlebih dulu sebelum melakukan prosedur berkenaan.

Jumlah darah yang keluar dari tubuh juga tidak boleh terlalu banyak. Dianggarkan antara 50 hingga 60 mililiter (ml) sekali rawatan kerana bimbang boleh memudaratkan kesihatan.

Selain lebam dan luka mengambil masa lama sembuh, kesan lebih buruk yang tidak diingini boleh berlaku selepas prosedur bekam ialah penyakit hepatitis B dan C serta HIV yang merebak melalui darah.

Pastikan pusat rawatan mematuhi amalan standard bagi mengelak kemungkinan berlaku jangkitan.

Lebih membimbangkan sekiranya pesakit dalam keadaan yang tidak bersedia atau cergas untuk bekam, selain risiko menyebabkan kematian, Namun setakat ini, tiada laporan dan tidak pernah berlaku kematian kerana bekam.

INFO: Berbekam mengikut prosedur

→ Segelintir masyarakat di negara melakukan bekam terhadap anak kecil seawal usia tiga atau empat tahun. Anak terlalu kecil tidak sesuai kerana sistem antibodi masih kuat.

→ Standard prosedur BCS menetapkan had usia 16 tahun bagi individu yang layak berbekam.

→ Disarankan mengehadkan usia boleh mula bekam pada usia 12 tahun kerana lebih fleksible.

→ Pada usia berkenaan individu boleh memahami fungsi bekam dan mudah memberi kerjasama sepenuhnya. Syarat tertakluk kepada kebenaran ibu bapa dan penjaga.

Panduan asas berbekam

Sebelum bekam

→ Digalak berpuasa, bergantung kepada keadaan - bimbang letih asalkan tidak memudaratkan kesihatan pesakit.

→ Ambil makanan ringan. jarakkan tempoh dua jam sebelum berbekam.

→ Elak minuman manis Selepas bekam

→ Elak aktiviti lasak

→ Elak terus mandi sejurus selepas berbekam.

→ Jarakkan antara dua jam atau mandi keesokan hari.

→ Elak melakukan hubungan

kelamin dalam tempoh 24 jam

Hak Cipta Terpelihara © 2019 - BH Online
New Straits Times Press (M) Berhad (4485-H)
.
untuk tempahan waktu bekam anda cal/sms 0174556998
atau klik www.wasap.my/60175750810

Wednesday 7 March 2018

Rahsia Madu Asli

*1001 ANUGERAH ALAM*

KHASIAT HEBAT MADU

Petua Umum Pengamalan Madu ( tergantung keserasian individu) Ini adalah ikhtiar alternatif yang tidak menggunakan bahan kimia dan dadah langsung. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap petua yang dipaparkan, sila rujuk nasihat doktor jika penyakit berlarutan.

* Pihak kami menyarankan hanya pengunaan madu yang benar-benar asli sahaja. Jika pengguna tiada pasti disyorkan menggunakan madu lebah Dr Bazrul Bahaman madu yang terus dari hutan.

Kesihatan Anak
Madu mengandungi pelengkap gizi dan vitamin dan ianya amat sesuai untuk makanan dan minuman anak-anak. Sebahagian pendapat jangan melebihi 2 1/2 sudu besar dalam sehari. 

*Kecerdasan/Kepintaran* 
2 sudu besar madu, 1 sudu besar minyak zaitun, 3 biji kismis, 3 sudu besar daging burung merpati (serbuk). Caranya: Kismis dilumatkan kemudian dicampurkan dengan semua bahan yang lain, atau makannya secara berbijji. Boleh juga diminum atau ditelan sebelum sarapan dan sebelum tidur. 

*Kecergasan/Keaktifan*
Tubuh Minum 1~2 sudu besar madu 3 kali sehari. Iaitu pagi sebelum sarapan, tengah hari dan malam sebelum tidur.

*Menambah Darah (Anemia)*
  3 sudu besar madu 3 kali sehari.  Susah Tidur Malam  2 sudu besar madu + segelas air suam. 

*Batuk (semua jenis batuk)*
1 biji bawang putih dihaluskan + 2 sudu besar madu. Minum sekaligus 4 kali sehari. Ulangi 3-7 hari. 

*Darah Tinggi*
  1 sudu besar madu di minum secara terus menerus 3 kali sehari.

*Sakit Jantung*
6 sudu besar madu + segelas air suam. Minum 3 kali sehari. Bagi yang agak kronik, minum 1 sudu besar madu terus menerus 3 kali sehari tanpa henti selama 2 bulan, insya Allah ada perubahan yang positif. 

*Sembelit (susah buang air besar)*
2 sudu besar madu + segelas susu di minum setiap 4 jam.  Sesak Nafas  3 sudu besar madu + 1 biji jus segar lobak putih, minum 2 sudu besar 3 kali sehari.

*Sakit Pinggang*
  1 biji telur itik + 4 sudu besar madu, kacau rata dan terus minum. Lakukan setiap di awal pagi (subuh). 

*Serak (Hilang Suara)*
1 inci halia (tumbuk halus) + 2 sudu besar madu lalu ditelan. Lakukan 2 kali sehari hingga sembuh. 

*Menambah Selera* Makan  Minum
1~3 sudu besar madu 3 kali sehari. 

*Kudis*
7 biji bawang merah + 2 sudu besar madu, sebatikan dan sapukan pada tempat kudis.

*Sakit Perut Memulas*
Minum 1~2 sudu besar 3 kali sehari atau semasa sakit bersama sedikit air suam 

*Luka*
Sapukan pada luka. Gunakan madu dalam kuantiti yang sesuai jika lukanya besar. Insya allah ada perubahan positif dalam masa 1~2 minggu.

*KHUSUS LELAKI*
*Lemah Syahwat*
3 sudu besar madu + 3 biji lada putih atau lada hitam + 1 inci  halia + 1 biji limau nipis + 1 sudu besar kopi + 1 sudu besar kicap manis + 1 biji kuning telur ayam. Caranya, lada dan halia ditumbuk halus lalu digaul dengan semua bahan di atas. Minum 2-3 jam sebelum tidur. 

*Menambah Ereksi* 
11 biji lada putih atau lada hitam + 3 biji bawang putih ditumbuk sampai halus + 1 biji kuning telur ayam + 2 sudu besar madu. Minum selama seminggu. Mani Cair 5 biji kemiri/buah keras ditumbuk halus + 1 biji kuning telur ayam + 1 sudu besar madu. Minum selama seminggu.

*Menguatkan dan Mengeraskan alat kelamin (Minum)*       
20 biji bawang merah + 20 biji bawang putih diperah dan diambil airnya, campurkan madu sebanyak air perahan bawang tadi, lalu dimasak sampai air bawangnya hilang, minum 3sudu besar selama 7 hari.

*KHUSUS WANITA*
*Air Muka*:
Untuk mengindah wajah air muka yang kering tidak berseri. Bahan: Madu, Minyak Zaitun, air sejuk dan air suam. Caranya, basuh muka dengan air sejuk dan biarkan 3 minit kemudian lumurkan muka dengan madu selama ~15minit. Kemudian bilas muka dengan air suam dan biarkan kering. Kemudian lumuri muka dengan minyak Zaitun.
Insya allah ada perubahan yang positif setelah diamalkan selama 1 minggu.

*Meremajakan Kulit Muka*
½ cawan tepung gandum + 2 sudu besar madu + putih telur secukupnya hingga terentuk pasta untuk masker.  Sapukan ke wajah hingga rata, biarkan selama 1 jam. Stelah itu bershkan dengan air suam dan air sejuk secara bergantian. Gunakan air sejuk pada bilasan terakhir. Lakukan dengan kerap hingga anda memiliki wajah yang bersih, hlaus, licin dan bercahaya sehingga kelihatan lebih muda

*Menghilangkan kedut Wajah*
1 biji telur ayam + 1 sudu besar madu dikacau rata dan biarkan selama 30 minit. Kemudian bersihkan dengan air suam dan air sejuk secara belang seli diakhiri dengan air sejuk. Cara ini juga digunakan untuk melicinkan serta menghaluskan kulit tubuh yang lain.

*Menghaluskan Kulit Tangan*
2 sudu besar madu + 1 biji perahan limau nipis dikacau rata lalu disapukan keseluruh kulit tangan hnga rata sambil diurut dan dipicit dan biarkan selama 30 minit. Kemudian cuci dengan air suam dan air sejuk dengan diakhiri air sejuk. Apabila sering dilakukan maka kulit tangan anda akan menjadi sangat halus dan lembut.

*Jerawat dan Bintik Hitam di Wajah*
1 gelas air suam + 2 sudu besar madu dan dikacau rata lalu disapukan ke wajah hingga rata dan dibiarkan selama ~20 minit.Kemudian cuci dengan air suam dan yang terakhir air sejuk. Amalkan minum 2 sudu besar madu 3 kali sehari sebelum makan.

* Pihak kami menyarankan hanya pengunaan madu yang benar benar asli sahaja. Jika pengguna tiada pasti disyorkan menggunakan madu lebah Dr Bazrul Bahaman madu yang terus dari hutan.

*
Salam...
Tempahan/Cod untuk dapatkan produk OLIVE HOUSE
017 4556 998
www.wasap.my/60175750810
cod percuma ALOR SETAR.
.
boleh juga terus ke PUSAT JUALAN OLIVE HOUSE ALOR SETAR - TESCO STARGATE.
*Terapi Bekam Sunnah dan Rawatan Resdung Gurah
Set Temujanji :
Lelaki   : 0135983088
Wanita : 0175424710
.
Blog Info Kesihatan
www.oliveasli.blogspot.com
Page Info Kesihatan QuranicFoods
www.facebook.com/QuranicFoods
Page Terapi Bekam & Gurah Resdung
www.facebook.com/BekamAlorSetar
**Pengeposan ke Seluruh Malaysia

Saturday 6 January 2018

Minyak zaitun terbaik

🌳 MINYAK ZAITUN DI PASARAN

.
.

Sememangnya terdapat berbagai jenis dan jenama minyak zaitun di pasaran hari ini.

Anda sebagai pengguna dan pelanggan bijak pastinya dapat memilih yang terbaik diantara yang baik. Ini kerana perbezaan antara yang cukup berkualiti dengan yang tidak berkualiti sedikit sangat perbezaan pada harganya.

.

Pilihlah yang disahkan 'EXTRA VIRGIN OIL'

.

APA ITU EXTRA VIRGIN ??

Extra Virgin ialah Minyak Zaitun yang mempunyai kualiti yang terbaik. Minyak Zaitun hanya dianggap Extra Virgin jika proses mengeluarkan minyak zaitun dilakukan dengan mengisar buah zaitun secara semulajadi tanpa melibatkan bahan kimia ataupun pemanasan.

Proses semulajadi ini dipanggil "MECHANICALLY COLD PRESSED".

.

KENAPA MESTI TIDAK DITAPIS ??

Minyak Zaitun yang tidak ditapis mengandungi lebih 30% "POLIPHENOLS" berbanding minyak zaitun yang ditapis. Poliphenols adalah sistem pertahanan semulajadi bagi pokok zaitun.

Apabila manusia meminum Poliphenols, ia akan melindungi sel manusia dari serangan free radical, virus, dan bakteria.

.

Keistimewaan Pati Minyak Zaitun Olive House

¤ 100% pati minyak zaitun
¤ Tidak ditapis
¤ Tidak menggunakan proses pemanasan
¤ Tidak dicampur dengan minyak sayuran yang lain

.

Apakah khasiatnya ??

1. Menggalakkan kesihatan jantung
2. Mengurangkan risiko kanser
3. Mengawal paras gula dalam darah
4. Mempunyai ciri-ciri anti-radang
5. Membantu untuk mengurangkan lemak
6. Menggalakkan pembentukan tulang yang sihat
7. Menggalakkan kebolehan kognitif
8. Membantu sistem penghadaman
9. Melambatkan proses penuaan
10. Meningkatkan imuniti/metabolisme dalam badan

.

Ini hanya sebahagian daripada khasiat minyak zaitun yang disenaraikan. Terdapat banyak lagi kelebihan yang ada pada minyak zaitun yang perlu kita jadikan amalan dalam kehidupan seharian.

'Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat.'

.
www.oliveasli.blogspot.com

#PatiMinyakZaitun
#OliveHouse #AlorSetar #TescoStargate
#ProdukTerbaikDunia

🍃 We Begin With Nature

Monday 1 January 2018

Bekam sebagai rawatan alternatif mengurangkan risiko penyakit jantung

Bekam sebagai rawatan alternatif
Bekam dalam mengurangkan risiko penyakit jantung
.

Berbekam mungkin dilihat sebagai kaedah rawatan yang mengerikan bagi segelintir individu yang fobia terhadap darah. Tidak kurang juga ada yang ngeri apabila mengenangkan mereka perlu menanggung rasa pedih pada kulit ketika jurubekam melakukan proses vakum bagi mengumpulkan darah dalam cawan (cup) sebelum bekam dimulakan.

Ketakutan bertambah apabila memikirkan jarum menusuk ke kulit dan kesan luka pula divakum untuk mengeluarkan darah kotor yang berada di bawah permukaan kulit, mengalir masuk ke dalam cawan sewaktu proses bekam dijalankan.

Barangkali disebabkan ketakutan tersebut, kaedah rawatan ini dalam masyarakat Malaysia seolah-olah dilihat ‘kurang popular’ meskipun telah dibuktikan melalui penyelidikan saintifik.

Menurut Ketua Penyelidik Bekam Klinikal, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian Kelantan, Prof. Dr. Ab. Aziz Al-Safi Ismail, satu kajian mengenai kesan bekam ke atas pengurangan risiko penyakit jantung melibatkan kumpulan individu yang sihat dan bagi kelompok yang mengalami masalah diabetes dan darah tinggi telah dijalankan.

Kajian ini dilakukan pada Oktober 2011 hingga Februari 2014 di bawah Geran Penyelidikan yang diberikan oleh Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar.

Tujuan penyelidikan menurut Dr. Ab. Aziz untuk mengenal pasti kesan terapi bekam basah dalam kalangan subjek, tekanan darah, parameter biokimia, fungsi ginjal dan fungsi endotelial (lapisan dalam salur darah).

Sebanyak 93 responden berusia antara 30 dan 60 tahun telah menyertai kajian, iaitu 62 responden tiada penyakit kronik yang telah dibahagi secara rawak dan seimbang kepada kumpulan kontrol dan kumpulan intervensi. Manakala bagi kumpulan diabetes melibatkan 31 peserta.

Bekam klinikal dilakukan ke atas subjek dalam kumpulan intervensi dan kumpulan diabetes, manakala tiada intervensi dijalankan bagi individu dalam kumpulan kawalan.

Katanya, semua peserta telah menjalani dua sesi berbekam klinikal iaitu pada permulaan kajian dan pada bulan ketiga. Berdasarkan kedua-dua sesi tersebut penilaian kajian telah dibuat merangkumi permulaan kajian, bulan pertama, bulan ketiga (sebelum sesi kedua bekam) dan bulan ke empat untuk semua peserta.

“Kumpulan bekam difokuskan kepada kelompok tidak menghidap diabetes, menunjukkan terdapat penurunan signifikan paras gula dalam darah semasa berpuasa (FBS) dan semua parameter fungsi ginjal, iaitu serum urea, kreatinin dan asid urik dari permulaan kajian hingga bulan pertama, ketiga dan keempat menunjukkan penurunan.

Serum trigliserida iaitu sejenis lemak dalam darah dan tekanan darah sistolik (SBP -bacaan tekanan apabila jantung mengepam darah ke seluruh badan) juga menunjukkan penurunan yang signifikan di bulan pertama.

“Semua profil serum lipid mengandungi pelbagai jenis lemak dalam darah kecuali trigliserida menunjukkan penambahbaikan yang signifikan pada bulan ketiga dan keempat. Faktor Antigen Von Willebrand (VWF) iaitu sejenis bahan yang menentukan keanjalan salur darah turut menunjukkan penurunan yang signifikan pada bulan keempat.

“Di akhir kajian, semua profil serum lipid, FBS, serum urea iaitu paras urea dalam darah dan bahan yang menentukan kesihatan buah pinggang. Jika bacaannya lebih daripada 10, itu menandakan buah pinggang tidak sihat. Dan, kreatinin (satu lagi jenis bahan dalam darah yang menentukan kesihatan buah pinggang dan jika bacaannya lebih 600, rawatan dialisis mesti dilakukan) bertambah baik secara signifikan berbanding dengan kumpulan kawalan,” kata Dr. Ab. Aziz.

Penilaian terhadap kumpulan penghidap diabetes pula mendapati, FBS, tekanan darah dan semua parameter fungsi ginjal menunjukkan penurunan yang signifikan pada bulan pertama, ketiga dan keempat.

Paras kolesterol peserta bekam secara keseluruhan juga menunjukkan penurunan yang ketara pada bulan ketiga dan ke empat. Bagi serum HDL-C dan LDL-C (kedua-duanya sejenis lemak dalam darah) dan antigen VWF (sama seperti 5), perubahannya dapat dilihat pada bulan keempat.

“Kajian ini mendapati, selain mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti senaman, mengambil makanan yang seimbang dan tidak merokok, rawatan berbekam klinikal boleh diamalkan sebagai salah satu kaedah perubatan alternatif bagi membantu mencegah berlakunya penyakit kardiovaskular,” ujar beliau.

Rawatan bekam di hospital

Di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), rawatan bekam klinikal untuk orang awam ditawarkan melalui Klinik Eksekutif USAINS Tech Services Sdn. Bhd., dengan caj RM100 untuk 11 cawan bekam, mengikut keperluan pesakit.

Menurut Ketua Penyelidik Bekam Klinikal HUSM, Prof. Dr. Ab. Aziz Al-Safi Ismail, sesiapa yang ingin berbekam sama ada bekam angin atau bekam darah di Klinik Eksekutif USAINS, perlu mendapatkan tarikh temu janji dan hadir pada tarikh yang ditetapkan selain perlu mengisi dan menandatangani borang pendaftaran, borang keizinan rawatan, membuat bayaran sebelum menjalani sesi rawatan serta menetapkan temu janji bagi rawatan susulan.

Beliau berkata, kajian pihaknya mendapati bekam klinikal membantu merawat penyakit lain seperti migrain, sinusitis kronik (resdung), buah pinggang, angin ahmar dan vertigo (penyakit ketidakseimbangan dalam telinga).

“Rawatan bekam klinikal boleh diambil bersama dengan rawatan perubatan biasa yang diambil oleh pesakit yang dibuat secara berterusan (setiap bulan atau empat bulan sekali) untuk mengurangkan risiko penyakit-penyakit kronik.

“Pesakit yang menjalani rawatan bekam perlu membuat penilaian penyakit mereka secara berkala (perlu ubahsuai dos ubat atau rawatan yang diambil) sesuai dengan keadaan semasa.

“Kebaikan yang amat ketara mengenai rawatan bekam klinikal ialah tidak ada kesan sampingan, tiada risiko jangkitan penyakit atau berlakunya pendarahan yang tidak terkawal,” katanya.

Sebelum menjalani rawatan, katanya, pesakit hendaklah memastikan tahap kesihatan yang optimum seperti paras darah (Hb) yang mencukupi - tidak terlalu pucat, tidak mengalami keadaan hypoglisemia (paras gula dalam darah terlalu rendah) kurang dari 5 mmol/L dan tidak mengambil ubat untuk mencairkan darah seperti cardiprin, atau walfarin.

Katanya, berbekam sebaik-baiknya dilakukan sebelum makan atau sekurang-kurangnya dua jam selepas makan.

Jurubekam juga perlu dimaklumkan sekiranya menghidap penyakit berjangkit yang berbahaya seperti HIV, Hepatitis B dan Hepatitis C.

Ini penting supaya jurubekam boleh mengasingkan peralatan yang digunakan oleh pesakit-pesakit tersebut untuk mengelak jangkitan penyakit berbahaya ini kepada orang lain.

Tangani pandangan negatif masyarakat

Mengulas kekangan dari aspek undang-undang ataupun peraturan (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dalam kaedah rawatan bekam klinikal, Dr. Ab. Aziz menjelaskan, Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia belum menawarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) untuk bekam darah.

“Yang ada cuma bekam angin. Dengan itu, mereka yang mahir di dalam bekam darah tidak dapat dinilaikan tahap kemahiran mereka.

“Pada masa ini, rawatan bekam tidak disenaraikan oleh kementerian sebagai salah satu rawatan sampingan, berbanding dengan rawatan akupuntur, urutan Melayu, ayurveda dan lain-lain rawatan yang dapat dijalankan di hospital-hospital ataupun premis KKM.

“Saya berharap, Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia menyediakan NOSS untuk kemahiran rawatan bekam darah kepada mereka yang ingin berkecimpung di dalam rawatan tersebut yang diiktiraf oleh kementerian,” tambah beliau.

Penerimaan masyarakat terhadap rawatan bekam klinikal yang ditawarkan di HUSM menurut Dr. Ab. Aziz, amat menggalakkan dan setiap kali sesi rawatan dibuka, pihaknya mendapat permintaan yang tinggi daripada orang awam dan juga kakitangan hospital.

Bagaimanapun, untuk menangani stigma negatif segelintir masyarakat bahawa bekam hanya merupakan rawatan alternatif semata-mata, penerangan dalam pelbagai bentuk media perlu dilakukan untuk memberi maklumat tentang kebaikan dan kelebihan rawatan tersebut.

Jelasnya, pihak media boleh menyalurkan maklumat bahawa berbekam adalah setanding bahkan lebih baik daripada rawatan konvensional, tiada kesan sampingan dan cepat memberi kesan. Ia juga tidak menyebabkan berlakunya jangkitan penyakit dan tiada risiko yang berbahaya kepada pesakit.

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh pihaknya, Dr. Ab. Aziz berkata, tidak hairanlah berbekam adalah satu cara pengubatan yang disukai dan digalakkan oleh Rasulullah SAW. Ini kerana bekam merupakan satu kaedah nyah toksik untuk mengeluarkan darah yang mengandungi racun yang berbahaya dari badan melalui permukaan kulit.

Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, bersabda yang bermaksud: Dari Ibnu ‘Abbas r.a: Dari Nabi Muhammad SAW: “Kesembuhan dari penyakit itu ada tiga hal: Berbekam, minum madu dan dibakar dengan besi panas. Tetapi aku melarang umatku membakar dengan besi panas itu.” (riwaya Bukhari).
.
NORAZLITA MOHD. SIES
20 Oktober 2015 4:00 PM
Utusan Malaysia
.
Pertanyaan atau booking wakyu bekam anda di OLIVE HOUSE ALOR SETAR TESCO STARGATE
CALL 017 4556 998
www.wasap.my/60175750810

Friday 18 August 2017

Amalan Ketika isteri mengandung

Semasa isteri sedang hamil, amalkan setiap kali sebelum tidur, Talqinkan Kalimah Syahadah pada janin, sambil menggosok perut isteri. Terutamanya apabila umur janin mencecah ke 6 bulan.

Antara petua mereka terdahulu untuk memastikan kekukuhan Aqidah anak.

Gosok perut isteri sambil umpama menyapa janin, dan seolah-olah mengajarkan talqin Kalimah Syahadah.

InsyaALLAH, dengan petua ini juga mencegah anak daripada diganggu ummu sibyan apabila lahir kelak.

*Ummu sibyan hanya menyebabkan bayi menangis sahaja. Tidak lebih dari itu. Minta usah 'memfitnah' akan makhluk ALLAH tersebut dengan mengatakan mereka menyebabkan autism, keras kepala dan malas. Itu bukan disebabkan ummu sibyan.

Harap maklum.
*Ustaz Wan Asrul

Thursday 17 August 2017

Diagnos Tangan - Tangan Merah

*Tutorial 4*

Topik-Warna Tapak Tangan.

Sub-topik-warna kemerahan.

Warna pada tapak tangan memainkan peranan dalam membaca masalah yang dihidapi oleh pesakit atau pelanggan kita.

Oleh sebab tu, sebelum diagnos, kita perhatikan dahulu keseluruhan tapak tangan. Lihat bentuk,lihat warna, cuba rasa kesat,kasar atau keras.

Warna kemerahan memberi petanda bahawa pemiliknya mungkin ada kolestrol, mungkin ada tekanan darah tinggi, cepat beremosi dan suara tinggi. Suka memerintah....ini adalah gambaran yg boleh kita kenalpasti.

Sekian, semoga bermanfaat.

Diagnos Tangan - Toksid

Tutorial 6

Kaedah diagnos tapak tangan warna hitam/ruas jari kehitaman

Seeloknya nyatakan simpton terlebih dahulu. Contoh:

"Encik cepat letih ye, cepat penat, sering mengantuk. Kadang en tidur cukup tapi maaih mengantuk. Bawa kereta mengantuk, bawa motor mengantuk. Betul tak? Ini peluhpun berbau, mulut bervau, ma sya Allah..Toksid banyak dalam badan ni".

Toksid ini umpama racun dalam badan. Jika kita sebit racun, pelanggan akan terkejut. Jadi dalam kontek pemakanan, kita cakap racun dari makanan yg kita makan..kadang makan di kedai,sayur dibasuh tak bersih, tu yang kadang2 kita tak berapa sihat,usus tak sihat.