Friday 18 August 2017

Amalan Ketika isteri mengandung

Semasa isteri sedang hamil, amalkan setiap kali sebelum tidur, Talqinkan Kalimah Syahadah pada janin, sambil menggosok perut isteri. Terutamanya apabila umur janin mencecah ke 6 bulan.

Antara petua mereka terdahulu untuk memastikan kekukuhan Aqidah anak.

Gosok perut isteri sambil umpama menyapa janin, dan seolah-olah mengajarkan talqin Kalimah Syahadah.

InsyaALLAH, dengan petua ini juga mencegah anak daripada diganggu ummu sibyan apabila lahir kelak.

*Ummu sibyan hanya menyebabkan bayi menangis sahaja. Tidak lebih dari itu. Minta usah 'memfitnah' akan makhluk ALLAH tersebut dengan mengatakan mereka menyebabkan autism, keras kepala dan malas. Itu bukan disebabkan ummu sibyan.

Harap maklum.
*Ustaz Wan Asrul

Thursday 17 August 2017

Diagnos Tangan - Tangan Merah

*Tutorial 4*

Topik-Warna Tapak Tangan.

Sub-topik-warna kemerahan.

Warna pada tapak tangan memainkan peranan dalam membaca masalah yang dihidapi oleh pesakit atau pelanggan kita.

Oleh sebab tu, sebelum diagnos, kita perhatikan dahulu keseluruhan tapak tangan. Lihat bentuk,lihat warna, cuba rasa kesat,kasar atau keras.

Warna kemerahan memberi petanda bahawa pemiliknya mungkin ada kolestrol, mungkin ada tekanan darah tinggi, cepat beremosi dan suara tinggi. Suka memerintah....ini adalah gambaran yg boleh kita kenalpasti.

Sekian, semoga bermanfaat.

Diagnos Tangan - Toksid

Tutorial 6

Kaedah diagnos tapak tangan warna hitam/ruas jari kehitaman

Seeloknya nyatakan simpton terlebih dahulu. Contoh:

"Encik cepat letih ye, cepat penat, sering mengantuk. Kadang en tidur cukup tapi maaih mengantuk. Bawa kereta mengantuk, bawa motor mengantuk. Betul tak? Ini peluhpun berbau, mulut bervau, ma sya Allah..Toksid banyak dalam badan ni".

Toksid ini umpama racun dalam badan. Jika kita sebit racun, pelanggan akan terkejut. Jadi dalam kontek pemakanan, kita cakap racun dari makanan yg kita makan..kadang makan di kedai,sayur dibasuh tak bersih, tu yang kadang2 kita tak berapa sihat,usus tak sihat.

Diagnos Tangan - bentuk Ibu Jari

Bentuk Ibu Jari

Bentuk ibu jari bagi sesetengah manusia tidak sama. Ada yang lentik, ada yang kurang lentik, ada yang menegak dan sebagainya.

Dalam ilmu diagnosis tapak tangan, masalah kesihatan akan wujud apabila bentuk ibu jari seseorang itu lentik. Perlu dilihat juga lentik bermula bila?

Jika sejak kecil, maka kita tidak boleh mengambil kira. Namun jika lentik itu terjadi ketika dewasa atau ketika remaja, maka masalah kesihatan sedang dihadapi.

Ibu jari lentik menggambarkan seseorang itu mengalami masalah usus. Lebih utama ialah usus besar. Perlu juga dilihat urat sembelit ada atau tidak kerana ia ada kaitan.

Masalah usus ini harus ditangani dengan segera kerana ia boleh mefebak kepada masalah lain seperti pwradangan usus atau sehingga ke tahap kronik iaitu kanser usus. Usus besar tak dapat menjalankan fungsinya dengan baik.

Wallahu a'lam moga bermanfaat

Monday 27 February 2017

Info Lengkap Resdung - Rawatan Resdung Alor Setar

KENALI RESDUNG.. BAGAIMANA IANYA TERJADI...


KENALI RESDUNG..
 
Istilah Perubatan Tradisional - Ia merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.


Istilah Saintifik - Merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan.


RESDUNG atau seduan(sinusitis) adalah sejenis penyakit yang mudah berjangkit dalam waktu yang singkat apabila daya tahan penyakit atau antibodi seseorang itu lemah dan tidak dapat menahan kuman resdung / hama) yang terus merebak dalam tubuh pesakit.

Percayakah anda resdung adalah penyakit yang berpunca dari parasit demodex atau apa yang dipanggil sebagai ulat resdung. Terdapat kira-kira 44 jenis resdung! Masalah resdung berpunca dari alahan terhadap habuk,debu, pemakanan, pencemaran dan sebagainya. Penyakit resdung boleh membawa MAUT!!!




Resdung adalah penyakit berjangkit yang berpunca dari hama DEMODEX, alahan dan bakteria. Demodex spp ada pada 97.68% orang dewasa di seluruh dunia (kajian Dr. Qu Kui Zin selama 30tahun melibatkan 905,801 orang dewasa pelbagai bangsa, umur dan pekerjaan).Demodex tidak dapat dilihat dengan mata kasar, berukuran 0.1mm-0.4mm, ada dua jenis yang hidup pada bahagian dahi, muka, kening, hidung dan kepala.

Ia hidup dalam liang atau bulu roma dan bulu mata, sgt aktif di waktu malam apabila ia keluar untuk bersenyawa dan masuk semula untuk bertelur di dalam liang roma. putaran hidupnya selama 14hari. merebak melalui sentuhan, ciuman atau penyusuan bayi.

jumlah demodex bertambah mengikut kadar usia. kulit muka menjadi gatal-gatal, rambut gugur berkelemumur, berjerawat, nafas berbau dan berpenyakit kulit.




Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit hidung. Salah satu punca gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria keatas hidung dan rongga disekelilingnya.

Dianggarkan hampir 25% penduduk negara ini mengalami penyakit resdung yang serius. Diantara tanda-tanda resdung ialah gatal-gatal, hidung berhingus atau tersumbat, sakit kepala terutama di dahi dan pipi, kelumumur yang berterusan walaupun bermacam syampu dan ubat telah digunakan. Penyakit resdung juga dikenali 'sinusitis'. Ramai yang tidak memandang serius tentang penyakit ini tapi sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya. Untuk kanak-kanak, ia boleh sebabkan jangkitan sellulitis dan merah pada bahagian mata. Akhirnya boleh menyebabkan buta. Manakala untuk orang dewasa, ia boleh menyebabkan nanah daripada sinus frontal tidak dapat keluar daripada hidung dan akan masuk serta memenuhi ruang dalam otak. Ini akan menyebabkan dinding pemisah akan menjadi semakin tebal dan boleh mengakibatkan sinus mudah tersumbat.


APAKAH SINUS ?

Sinus merupakan rongga atau ruang udara yang berada di tulang muka. Rongga ini bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat kecil.Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga ini setiap masa dan disalirkan kedalam hidung.

Ramai beranggapan tulang muka padat (solid) sebenarnya mengandungi ruang-ruang udara.Ruang-ruang udara ini, menjalankan fungsinya bagi meringankan tulang-tulang kepala untuk dengungan (resonance) normal suara manusia.

Ruang-ruang sinus ini sebenarnya mempunyai pintu yang terbuka yang menghubungi ruang tersebut dengan hidung.Sehubungan itu, pintu-pintu perhubungan ini menyebabkan penyakit di hidung boleh masuk ke dalam sinus di mana ia sering keluar ke ruang hidung.

Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lendir ini akan berkumpul seterusnya kumam (bakteria) akan membiak didalam rongga sinus ini.Ini menyebabkan penghasilan nanah dan juga bengkakkan didalam lapisan hidung.

APA YANG TERDAPAT PADA SINUS YANG NORMAL 
Pada sinus yang normal, terdapat ruang udara dan sedikit cecair yang sentiasa dihasilkan oleh dinding sinus.Seperti dinding ruang hidung, ia sentiasa dibasahi bagi mengawal kelembapan(humidity) yang terdapat dalam paru-paru mengikut kesesuaian paru-paru manusia.Bagaimanapun, cecair ini tidak statik sentiasa mengalir keluar dari sinus melalui pintu dan terus ke hidung.

Dari hidung ia akan mengalir masuk ke belakang hidung terus masuk ke dalam tekak.Kebanyakan penyakit sinus disebabkan oleh penyakit-penyakit hidung.


Terdapat empat ruang sinus utama iaitu :

* Sinus maxilla
* Sinus ethmoid
* Sinus frontal
* Sinus sphneoid

APAKAH RESDUNG (SINUSITIS)

Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman.Sinusitis merupakan keradangan pada selaput sinus. Apabila berlakunya Sinusitis, mukus seperti hingus tidak dapat mengalir keluar dengan baik dari sinus. Oleh yang demikain ia akan dipenuhi oleh rembesan. Biasanya, "penyapu-penyapu" kecil dalam sinus yang dipanggil silia akan menolak mukus keluar dari sinus ke dalam hidung. Apabila kerosakan berlaku pada fungsi silia atau bila bukaan yang terletak di antara sinus dengan laluan hidung tersumbat anda akan mendapat Sinusitis.

Selalunya, Sinusitis disebabkan oleh jangkitan bakteria yang akan berakhir dalam beberapa hari. Kadang-kadang ia bermula dengan jangkitan virus yang mencetuskan selesema dan menyebabkan berlakunya kesesakan dalam sinus yang akhirnya membawa kepada jangkitan sinus oleh kuman bakteria. Sinusitis jenis ini dipanggil Sinusitis akut.

Sinusitis yang kronik (kadangkala disebut sebagai Sinusitis berterusan) ialah merujuk keradangan sinus yang berlaku beterusan sehingga berbulan-bulan atau kadang kadang bertahun-tahun. Jika anda sering diserang Sinusitis atau jangkitan tersebut berlarutan hingga lebih dari 3 bulan, ia mungkin merupakan Sinusitis kronik. Gejala Sinusitis kronik mungkin tidak seteruk Sinuisitis akut tetapi Sinusitis kronik boleh mencetuskan komplikasi yang serius seperti jangkitan pada otak dan kebutaan.

Apakah Yang Menyebabkan Sinusitis Dan Gejalanya?

Sinusitis biasanya berlaku selepas mendapat selesema dan selalunya dikaitkan dengan demam alergi atau demam alahan (rinitis alergik), asma atau pencemaran udara yang boleh menyebabkan keradangan. Ia boleh terjadi kepada semua kumpulan umur.

Petanda yang klasik penyakit ini ialah sakit di bahagian muka, sakit gigi, tekanan di muka, hidung tersumbat, sakit kepala, keluar hingus yang berwarna kuning kehijauan dan berbau busuk. Sakit kepala sinus akan terasa apabila bangun dan menjadi teruk apabila membongkok. Seseorang itu merasakan dirinya tidak sihat. Membran mukus dalam hidungnya kelihatan merah dan bengkak dan mungkin terdapat nanah terkeluar dari hidung.

Di kalangan kanak-kanak, simptom yang lazimnya berlaku ialah pengap hidung. Ini akan menyebabkan sakit di mata dan bengkak di sekitarnya. Keadaan ini memerlukan rawatan kecemasan.
Sakit tekak dan batuk adalah sangat lazim bagi kedua-dua Sinusitis akut dan kronik.

Antara kuman yang menjadi punca penyakit ini ialah:

* Streptococcus
* Staphylococcus


Pada keadaan normal, kedua-dua jenis kuman ini sememangnya sedia ada terdapat pada rongga hidung tetapi ia tidak menyebabkan apa-apa penyakit.

Malah, dengan sistem pertahanan tubuh yang kuat ia dapat dikawal. Sebaliknya, sekiranya berlakunya kepincangan pada pertahanan tubuh bakteria ini dapat membiak tanpa kawalan dan menyebabkan resdung.

GEJALA RESDUNG (SINUSITIS)

• Hidung selalu tersumbat
• Lender dari hidung dan tekak
• Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
• Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
• Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
• Gejala alahan hidung seperti bersin,gatal hidung dan sebagainya

KEMUDRATAN RESDUNG (SINUSITIS)

• Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
• Jangkitan otak
• Sakit tekak yang kronik
• Jangkitan tulang muka
• Menerukkan keadaan lelah
• Berdengkur secara kronik
• Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
• Alahan hidung
• Selsema biasa yang melarat

PUNCA BAKTERIA MEMBIAK

Punca utama yang menyebabkan bakteria membiak apabila pintu-pintu rongga sinus tersumbat. Ia tersumbat apabila berlakunya:

a. Radangan pada hidung.

Faktor-faktor yang menyebabkan radang hidung ialah apabila berlakunya:

* Jangkitan kuman dan alergi (alahan).

Sekiranya keadaan ini berlaku dinding hidung membengkak. Apabila lapisan ini membengkak ia akan menutup pintu sinus.

b. Ketumbuhan atau polip pada hidung di mana tumor ini menutup pintu rongga sinus (ostia) seperti ketumbuhan malignant (kanser di hidung)

Apabila ostia tertutup cecair daripada rongga sinus tidak dapat keluar dan bertakung.Apabila berlakunya takungan ini, bakteria akan membiak yang menyebabkan terjadinya resdung.

c. Jangkitan pada gigi geraham atas

Akar umbi gigi geraham atas berada di sinus maxilla. Apabila seseorang mengalami sakit gigi, ia akan menjangkiti akar gigi dan keluar ke sinus. Keadaan ini berlaku sekiranya gigi yang berpenyakit tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya oleh doktor gigi. Ada kalanya dalam proses mencabut gigi, akarnya terpatah dan tertinggal.

d. Genetik

Resdung bukanlah penyakit genetik, tetapi alahan yang diwarisi yang menyebabkan sinusitis itu merupakan genetik.

JENIS RESDUNG(SINUSITIS)


* Akut
* Kronik

AKUT

Ia berlaku dalam tempoh dua minggu bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung. Keadaan ini menyebabkan tersumbatnya hidung.Sekiranya resdung akut tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan dengan rawatan. Sehubungan itu jangkitan akan berlaku berterusan, tetapi tahap keterukannya tidak seteruk resdung pada peringkat kronik.

Antara ciri-cirinya ialah :


* Hidung berair, tersumbat dan terjadinya rasa sakit berdenyut di muka dan bahagian depan kepala terutama di dahi dan pipi.
* Serangan biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang.
* Rasa sakit apabila seseorang tunduk dan sujud.

KRONIK

Serangan resdung akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik.Seseorang yang menghidap resdung pada peringkat kronik, pesakit akan mengalami:

• Kegatalan pada bahagian muka yang teruk
• Jerawat yang banyak, ada juga individu yang tak berjerawat.
• Kerap bersin pada waktu pagi
• Ada kalanya hidung tersumbat
• Tanpa demam tetapi hingus bertambah
• Sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala
• Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk

Ada kalanya bau busuk ini tidak dapat dirasai atau disedari oleh pesakit tetapi disedari oleh ahli keluarga atau rakan-rakan sekeliling.

INDIVIDU BERISIKO

* Mereka yang alah kepada habuk dan makanan yang menyebabkan hidung mereka tersumbat
* Mereka yang mempunyai ketumbuhan dalam hidung
* Mereka yang mempunyai kelainan (abnormality) dalam hidung seperti septum dinding pemisah hidung yang bengkok
* Turbinate dinding tepi hidung terdiri daripada tiga turbinate iaitu tulang-tulang dinding yang mempunyai para. Mereka yang mempunyai turbinate yang besar, berisiko untuk mendapat resdung kerana ia menyumbat sinus.

KOMPLIKASI

Resdung yang tidak dirawat dengan sempurna boleh mengakibatkan komplikasi serius kepada kanak-kanak dan orang dewasa.


* Kanak-kanak

Resdung di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta.Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk.Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata.

Pada tahap kritikal doktor akan membuat satu laluan supaya cecair dari sinus ethmoid dapat dikeluarkan dari hidung dan ia tidak bertakung lagi.


* Dewasa

Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna.Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia mudah tersumbat. Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti resdung, tetapi komplikasinya amat jarang berlaku.Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40 peratus.

Pencegahan

• Apabila terkena selesema dapatkan rawatan segera. Hembuskan hidung anda perlahan-lahan
• Banyakkan meminum cecair apabila anda diserang selesema, untuk mencairkan mukus dan mengalirkannya keluar.
• Jauhkan diri anda dari asap tembakau/rokok dan udara yang tercemar. Ia boleh meradangkan laluan hidung anda. Perokok lebih mudah mendapat Sinusitis.
• Jangan pergi berenang atau menyelam ketika anda diserang Sinusitis kerana bahan klorin yang terdapat pada air di kolam renang itu akan mengganggu pengalas lapisan hidung dan sinus. Penyelam biasanya akan mengalami kesesakan hidung.

Penjagaan Diri

• Minum lebih banyak cecair untuk mencairkan mukus. Minum segelas air atau jus setiap jam.
• Jangan membeli penyembur hidung dari mana mana kedai ubat tanpa nasihat atau preskripsi dari doktor. Jika digunakan 7 hari berturut-turut ia akan memburukkan lagi simptom anda.
• Makanlah ubat seperti yang dinasihatkan. Adalah penting anda mematuhi regimen pengubatan ini.
• Anda boleh membeli ubat penghilang kesakitan untuk mengurangkan sakit kepala dan sakit di muka disebabkan oleh keradangan sinus.
• Berehatlah secukupnya.

Makan makanan seimbang dan banyakkan memakan buah-buahan.


PETUA ELAKKAN RESDUNG

Ini beberapa petua mencegah resdung;

1. Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab.

2. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang.

Untuk hasil yang lebih baik, cuci 3 benda tadi dengan air panas. Tujuannya untuk membunuh serangga dan pepijat.

3. Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani. Kalau
perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti
tinggi.

4. Kalau anda nak mengemas rumah, pakailah penutup hidung. Bukan pakai ketika musim jerebu sahaja.

5. Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.

6. Selalulah lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam.
Lebih baik kalau anda sampai jer ke rumah, terus basuh muka. Maklumlah, kat luar tu kan banyak habuk dll.

7. Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), janganlah makan makanan tu.
~ Kredit - http://fuziahmahadi.blogspot.com
 

Rawatan Resdung Alor Setar

Sila Like Kami di Facebook

Untuk info lanjut dan promosi terkini sila like kami di Facebook

WhatsApp 014 2448 999 Us Zaki. Untuk Booking Masa Anda. Perawat Wanita untuk pelanggan wanita