Wednesday 20 August 2014

Superman vs kembali dara

[21/08 01:36] Us Zahir Kassim Olive: SUPERMAN

Ramai orang lelaki yang sudah berumahtangga hari ini sibuk mencari bahan-bahan suplimen untuk kebahagiaan rumahtangga atau bahasa yang sering digunakan ‘ubat kuat’. 

Hal ini tiada menjadi masalah, kerana seks adalah sebahagian daripada keperluan rumahtangga bagi memastikan keharmonian hubungan berjalan lancar dan ikhtiar untuk menjadikannya lancar bagi kedua-dua pihak adalah suatu tuntutan.

Tetapi, yang dibimbangkan hari ini adalah kemunculan produk-produk yang telah dikilangkan, yang mengwar-warkan akan kelebihan produk tersebut kepada kaum lelaki khususnya. Keberkesanan dan keampuhan produk juga dibuktikan dengan testimoni-testimoni dari pelanggan-pelanggan sebelum itu. 

Namunpun begitu, sang faqir masih ortodoks dan kolot, sang faqir kurang yakin dengan produk-produk tersebut, yang sebelum ini heboh di warta berita ataupun warta akhbar akan pencampuran bahan berunsur dadah steroid di dalam bahan tersebut untuk meningkatkan fungsi produk, yang secara tidak langsung meningkatkan fungsi libido tubuh manusia secara paksa, peningkatan secara paksa ini harus difahami, ianya melibatkan 3 organ utama, iaitu, jantung, paru-paru dan buah pinggang. 

Oleh kerana itu, sang faqir ingin kongsikan beberapa remedi atau ramuan alamiah bagi mereka yang bermasalah dengan hal kelakian dan ingin menambahkan ‘performance’ kelakian. 

Harus diingatkan, remedi ini AMAT-AMAT tidak sesuai dicuba oleh lelaki yang masih belum berkahwin (bujang) kerana kesannya antara yang mujarab dan pantas tanpa mengganggu fisiologi organ sedia ada (secara semulajadi). 

RAMUANNYA: 

Sebiji Bawang Besar (dipotong dadu, belah 8 ) + 3 hingga 5 sudu besar madu lebah + 3 cubit serbuk kulit kayu manis (kulit kayu manis yang telah dihancurkan) 
Kesemua bahan ini digaulkan, kemudian dimakan sebelum sarapan setiap pagi selama 7 kali pagi. InsyaALLAH, hasilnya akan diperlihatkan ALLAH. 

Kepada mereka yang menghadapi masalah Mati Pucuk, diperahkan ke dalam ramuan di atas dengan perahan pati halia (halia yang ditumbuk, kemudian diperah), sebanyak satu cawan kecil (3ml), di amalkan setiap pagi sebelum sarapan, malam sebelum tidur, selama 7-14 hari berturut-turut, insyaALLAH kesannya akan diperjelaskan ALLAH. 

Kepada kaum lelaki yang menghadapi Angin pasang, ramuan di atas (remedi asal) dicampurkan dengan minyak Habbatussawda’ sebanyak 3-5 sudu kecil, diamalkan setiap pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur. 

Pantang bagi mereka yang bermasalah Mati Pucuk dan Angin Pasang, elakkan : 

1) Merokok 
2) Ais 
3) Kacang 
4) Kafein 
5) Soya 
6) Makan bersulamkan air. 

Remedi di atas adalah remedi alamiah yang mudah diamalkan dan antara yang terbaik kesannya, InsyaALLAH. 

Adapun, dalam prinsip keilmuan alamiah, segala bahan yang kurang dari 7 bahan, tidak boleh dihancurkan kesemuanya, harus ada sesuautu bersifat pepejal untuk memberi sinergi kepada bahanan lain. 

Berlainan dengan remedi yang lebih dari 7 bahan, ianya menjurus kepada pembuatan maajun dan kaedah adunannya lebih khusus. 

Doa-doa dan amalan khusus yang berkaitan, jika berminat, boleh bertemu sang faqir secara berhadapan, insyaALLAH, akan dikongsikan. 

InsyaALLAH, ada kelapangan, akan dikongsikan remedi khusus bagi kaum Hawa. 
[21/08 01:39] Us Zahir Kassim Olive: KEMBALI DARA

Seringkali hari ini, kita dengar tentang keluhan dari kaum lelaki akan ketidakpuasan mereka dengan isteri masing-masing. Malahan tidak kurang dengan itu, kaum wanita juga mengadu tentang masalah seksual, yang mereka tidak mampu memberi kepuasan kepada suami mereka. Kenapa hal ini berlaku? Mudah sahaja, keterlepaspandangan akan penjagaan rahim dan alat sulit.

Selain dari masalah vagina yang berbau, masalah 'longgar' juga meruncing kaum wanita.

2 permasalahan ini timbul akibat dari sikap sambil lewa atau tidak endah dengan penjagaan semasa dalam pantang selepas bersalin terutamanya. Sehingga menjadikan batu merian (G-spot) lemah, seterusnya menjejaskan hubungan seksual, malahan bukan itu sahaja, ianya melibatkan emosi yang tidak stabil.

Antara tanda menunjukkan wanita mempunyai masalah rahim adalah :

1) Wajah yang kusam
2) Kering
3) Sentiasa lesu dan tidak bermaya
4) Pucat
5) Jerawat yang teruk dibahagian pipi

Untuk penghuraian masalah tersebut, nantikan kuliah Rahsia Rumahtangga Bahagia di TIAF, Telok Mas, Melaka.

Jika sebelum ini sang faqir berkongsi remedi bagi kaum lelaki. Kali ini, sang faqir ingin berkongsi remedi khas, istimewa, ajaib, khusus dan mudah bagi kaum wanita pula.

Sang faqir namakan remedi ini, remedi KEMBALI DARA. Istilah kembali dara bukan bermaksud mengembalikan hymen(selaput dara), tetapi mengembalikan keadaan vagina dan rahim seperti anak dara malahan lebih baik dari anak dara.

Ramuannya (Untuk 2 hari Penggunaan):

1) Biji Halba 1 genggam

2) Bunga Cengkih 7 cubit

3) Buah Manjakani 3 biji (dibelah dua)

4) Gula Batu 3 ketul (optional) - boleh digantikan dengan madu lebah 3-5 sudu (dicampurkan setelah ramuan siap direbus).

5) Biji Ketumbar 3 sudu besar

6) Halia 3 Ulas.

7) Air putih 500ml - 1 Liter.

Kaedahnya :

Kesemua bahan di atas, dicampur di dalam satu periuk (sebaiknya periuk tanah). Direbus selama 30-40 minit dengan api yang perlahan.

Selesai rebus, air tersebut ditapis, dan diminum sebelum mengambil sarapan pagi, selama 7 hari berturut-turut( untuk mereka yang bermasalah), 3hari berturut-turut( untuk yang normal, diamalkan sekali sebulan).

Bahanan rebusan tersebut, boleh digunakan sebanyak 2 kali rebusan (sekali lagi rebusan setelah rebusan yang pertama), lebih dari itu, kesannya kurang sinergi (tenaga).

Bahanan di atas berfungsi sebagai :
1) Membaiki fungsi rahim dan vagina.
2) Membersihkan lebihan darah nifas atau haid yang melekat di dinding rahim
3) Membersihkan lendiran berbau.
4) Mengetatkan bahagian yang sepatutnya ketat.
5) Mengatur semula kitaran haid yang tidak teratur.
Dan lain-lain lagi dengan izin ALLAH.

Antara petanda bahawa tindak balas bahanan di atas memberi kesan positif, pipi akan kemerah-merahan tanpa perlu memakai blusher, tubuh akan segar dan lazimnya, kedinginan seks akan bertukar menjadi keinginan seks.

Harus diingatkan, cara ambilan perlu mengikut aturan, kerana jika terlebih dos atau terlebih sukatan pengambilan, bimbangnya mengundang masalah 'hari-hari mau'.

CARA MINUM :
1) Duduk tegak
2) Tangan diletakkan di bahagian ari-ari dalam keadaan menadah(semasa minum, rahim diangkat)
3) Paha kanan kiri dikepit (vagina dikemut semasa minum), buat kiraan 40 detik, kemudian kemutan dilepaskan.

Soalan yang bakal muncul:

1) Waktu bila hendak ambil?
J : Waktu pagi sebelum menjamah sarapan, sebaiknya seminggu sebelum haid atau sejurus selepas haid.

2) Bolehkah wanita hamil boleh minum?
J : TIDAK BOLEH. Cuma, ianya AMAT digalakkan untuk wanita di dalam pantang selepas melahirkan anak atau keguguran.

3) Bolehkah wanita yang menyusu anak mengambilnya?
J : Boleh, tiada masalah, malahan amat digalakkan.

4) Bolehkah kaum lelaki hendak cuba minum?
J: Boleh, tiada masalah, baik untuk usus (jika buah manjakani diasingkan dari remedi).

5) Berapa lama atau berapa banyakkah pengambilan yang perlu diambil untuk kesan yang mantap?
J: Tiada jaminan masa, cuma kalau ianya menjadi (dengan izin ALLAH), suami pasti merasakan dirinya adalah lelaki paling bertuah di dunia. Untuk kesan yang baik, amalan yang konsisten disamping penjagaan pemakanan yang seimbang beserta gaya hidup yang sihat. 

Sebagai Muslim, setiap ikhtiar perlulah didahulukan disertakan dengan doa kepada ALLAH.

Dibacakan (pada bahanan sebelum direbuskan) :

1) Al Faatihah 3x (Doa di dalam hati pada setiap kali waqaf ayat : 3 - Ar Rahmanir Rahim)

2) Al Kautsar 11x

Sebelum minum, dibacakan Selawat 7x dan berdoa akan hajat yang diinginkan bagi ikhtiar tersebut.

* Sepatutnya, amalan-amalan dan petua-petua seperti ini perlu dimahiri oleh kaum suami supaya kaum isteri dapat memberi layanan seperti yang didambakan (kaum suami).

Jagalah dalaman anda untuk kebahagiaan dalaman rumahtangga anda.

Semoga dipermudahkan ALLAH.

No comments:

Post a Comment