Tuesday 23 September 2014

ULASAN DR HAFIZAH AMANULLA MINYAK ZAITUN DAN KANSER USUS

ULASAN DR HAFIZAH AMANULLA
MINYAK ZAITUN DAN KANSER USUS

Alhamdulillah , syukur pada Allah kerana sifat pengasih dan penyayang Nya menyebabkan kita dikurniakan pelbagai nikmat hasil dari penciptaanNya. Maka tidak perlu kita berpaling lagi dan mencari ciptaan manusia kerana sudah tentunya kesembuhan itu milik Allah sama ada secara terus dariNya atau hasil ciptaanNya dengan izinNya.

Minyak Zaitun sememangnya suatu keajaiban yang telah diabaikan hampir 100 tahun terutamanya oleh masyarakat Melayu. Sedangkan ianya jelas dipilih oleh Allah untuk dinyatakan dalam Al-Quran yang mulia. Maka dengan pengabaian ini, rugilah seluruh tubuh ciptaan Allah ini tanpa disirami nikmat khasiat yang ada dalam Minyak Zaitun.

Minyak Zaitun adalah suatu khasiat yang sangat diperlukan oleh saluran penghadaman dan dari saluran penghadaman ini jugalah bermulanya semua penyakit. Maka dari situ jugalah bermulanya kesembuhan. Kandungan sebatian phenol yang pelbagai di dalamnya atau disebut polyphenol merupakan adunan khas kombinasi phenol oleh Allah yang maha Mengetahui untuk kesihatan sel manusia. Apabila minyak yang mulia ini bersentuhan dengan mukosa usus kita, proses penyembuhan terus bermula.

Kanser usus adalah kebanyakannya disebabkan faktor makanan proses yang merosakkan vilus-vilus pencernaan dan juga pengambilan ubat-ubatan contohnya antibiotik yang memusnahkan bacteria baik di dalam usus seterusnya mengganggu keseimbangan ekologi dalaman usus. Bila ekologi ini terganggu, biasanya pesakit akan mendapat cirit birit yang kerap atau pun masalah sembelit.

Masalah ini sekiranya diatasi dengan pengambilan ubatan kimia yang bersifat simptomatik tanpa melakukan perubahan dalam pemakanan, akan menerukkan lagi keadaan. Antara gejala kanser usus adalah berak berdarah, menurunnya berat badan, masalah penyerapan dan hilang selera makan.

Minyak Zaitun sudah dibuktikan sebagai pemakanan yang dapat membantu penderita kanser usus dan jika disinergikan dengan madu dan habbatus sauda, hasilnya amat memberangsangkan.

Menurut kajian oleh sekumpulan penyelidik di Universiti Ulster, Ireland diketuai Dr Gill, mendapati kandungan polyphenol dalam minyak zaitun menyebabkan sel terlindung dari kerosakan DNA dan apabila diuji ke atas sel kanser usus, ianya mengurangkan pembahagian sel kanser dalam pelbagai peringkat (anti-promoter effect in carcinogenesis pathway).

Mungkin ramai di antara kita yang sedang mempunyai kanser tetapi masih di peringkat awal dan tidak menunjukkan gejala. Untuk kanser peringkat ini, ianya amatlah sukar untuk dikesan oleh doktor dengan pasti. Maka adalah lebih baik kita mengamalkan Minyak Zaitun setiap hari sebagai langkah pencegahan yang tentunya lebih utama dari perawatan.

Kajian yang dilakukan manusia memberi bukti yang kukuh dan mengangkat martabat minyak zaitun di mata manusia. Namun bagi manusia yang telah yakin 100% dengan kata2 Allah, beramallah dengan Minyak Zaitun setiap hari dan jadikan ia senjata untuk melawan serangan penyakit yang semakin parah di zaman ini.

Wallahu A’lam

#SihatBersamaOliveHouse


Untuk maklumat lanjut sila
SMS/WhatsApp ->>

Ustaz Zaki : 017-5750810

Boleh Like dan mesej kami di facebook : https://www.facebook.com/QuranicFoods
atau lawati kami di : www.Quranicfoods.com

Saturday 13 September 2014

Himpunan Rawatan penyakit fizikal edisi 1

HIMPUNAN IKHTIAR MASALAH JASMANI 1

Ikhtiar mengelakkan masalah Janda Manis (Jantung, darah tinggi, kencing manis)

Penyakitan ini jika dibiarkan akan mengundang kepada permasalahan kerosakan buah pinggang. Maka, disarankan diamalkan sebaik-baiknya.

1) Telan minyak zaitun + Madu + Habbatus sawda, setiap pagi sebelum sarapan.

2) Minum Cuka Epal setiap kali selepas makan tengahhari (Jika mengidap masalah gastrik, disarankan campur dengan madu lebah)

3) Minum cuka kurma/ epal setiap kali sebelum tidur. Boleh juga digantikan dengan pati delima.

Kaedah ini amat sesuai kepada mereka yang ingin menguruskan badan, juga amat berkesan mengelakkan masalah PJK (perut jalan ke depan) bagi kaum lelaki.

InsyaALLAH diselamatkan ALLAH dari penyakitan sedemikian dan sewaktu dengannya

IKHTIAR KAEDAH MEMPEROLEH ZURIAT

Sediakan 49 biji kurma (sebaiknya ruthob) seorang (suami dan isteri wajib ambil) bermaksud 49 X 2, Madu lebah asli dan air zam-zam.

1) 7 butir Kurma dibuang bijinya, kisar atau kacau sehinga hancur di dalam sebuah mangkuk. 

2) Kemudian dicampur dengan madu lebah, secukupnya, sehingga ramuan tersebut seakan-akan jem atau pes.

3) Ramuan ini adalah untuk satu hari, iaitu ditelan atau makan sebelum sarapan, diambil selama 7 pagi berturut-turut, tanpa putus. 

4) Selang 5-10 min setelah makan, minum air zam-zam dengan doa. 

Adapun ramuan tersebut terlebih baiknya didoakan dengan:

Al Faatihah 7x, Ayatul Kursi 3x, At Tariq:7 3x, Al An'am 98 3x, Selawat 11x. 

InsyaALLAH, semoga ALLAH memudahkan ikhtiar kalian.

 

 

IKHTIAR MASALAH RESDUNG

Bagi yang mempunyai masalah resdung, sama ada beralahan statik atau berkala. Semoga dengan perkongsian ini serba sedikit memberi panduan cara menghindar dan merawat resdung / sinus.

1) Lazimkan berbekam sebulan 1x, terutama pada titik Yafukh, Ummul Maghits dan Bainul Katifain 

2) Biasakan diri dengan istinsyaq (memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar) setiap kali masuk rumah, selepas bangun tidur dan sebelum tidur. Selain daripada berwudhuk.

3) Sebelum mandi, masukkan sedikit air ke dalam hidung, sedut sehingga keluar ke tekak, amal istiqomah 40 hari, insyaALLAH, anda pasti rasakan perubahannya. 

4) Kurang kafein dan MSG. 

5) Amalkan meminum khal setiap kali sebelum sarapan, selepas makan tengah hari dan sebelum tidur malam. 

6) Sentiasa amalkan sebelum tidur, amalkan Taawudz 10x, Istighfar 21x, Selawat 11x, dibacakan pada air (dengan doa), dan air tersebut digunakan untuk mencuci mulut, hidung dan lubang telinga. 

7) Kurangkan makanan laut. 

8) Ambil segenggam cengkih, sebatang kulit kayu manis, 7-14 biji buah pelaga, sepotong gambir, kemudian direbus panas. Dalam keadaan masih berwap, serkupkan wajah ke dalam wap tersebut, biarkan (sambil berselawat dalam hati) wap dari air rebusan tadi ke muka sehingga keluar lendir jernih dari hidung, lapkan. 
Setelah itu, mandi air suam.

InsyaALLAH anda dalam usaha melemahkan hama resdung. 

InsyaALLAH tohour.

 

SOALAN:

Salam ustaz,

Saya ingin bertanya adakah amalan atau ayat2 yang boleh diamalkan sebagai usaha menangani sakit sakit atau salah urat yang mungkin disebabkan tersepak benda benda halus. Sekiranya ada, ustaz boleh mengongsikannya di wall ustaz. Terima kasih. Wassalam.

JAWAPAN :

W’Salam WMT, dari segi kaedah bagi mereka yang mempunyai salah urat atau sakit-sakit disebabkan tersepak makhluk halus atau orang johor panggil ‘denah’, ianya bersifat umum.

Umum dari segi perawatan.

Iaitu boleh saja, menggunakan minyak kelapa atau minyak zaitun sepiring, dicampur dengan sepotong sebesar ibu jari kunyit, sepotong sebesar ibu jari halia, secubit bunga cengkih dan sebatang kulit kayu manis. Semua bahan ini ditumbuk halus, dicampurkan dengan minyak tadi. Semasa tumbuk digalakkan membaca, Surah Asy-Syuara :130 (وإذا بطشتم بطشتم خبازين) , berulang kali, sehingga lumat semua ramuan, dengan niat lumatnya penyakit seperti mana lumatnya ramuan (dengan izin ALLAH).

Setelah campur, maka, dibacakan dengan :

Al Faatihah 7x, Ayatul Kursi 7x, Al Isra: 81-82 3x, Al Ikhlas 3x, 2 Qul 1x, Selawat ke atas Junjungan Sayyiduna Muhammad S.A.W 11x.

Minyak tersebut disapu pada tempat sakit, ditutup, kalau eloknya dibalut dengan kain kapas (napkin bayi). 

Minyak ini, boleh digunakan untuk semua masalah sakit urat atau saraf dan masalah angin atau sakit-sakit badan, insyaALLAH Tohour.

 

IKHTIAR MASALAH BATU KARANG

SOALAN : 

Assalamualaikum ust....sy mahu pencerahan mengenai sakit batu karang,dan mcm mana mengubatinya selain klinikal biasa?....:)

JAWAPAN :

Wsalam WMT, rawatan bagi masalah batu karang selain klinikal.

Sediakan 7 batang serai wangi, 7 daun limau purut dan 7 biji kurma (biji sahaja) serta gula batu. Direbuskan dengan air, dinasihatkan elakkan dari air mengelegak (iaitu kena sentiasa dikacau).

Rebus sehingga jadi pati, patinya disimpan.

Patinya dibahagikan kepada 7 bahagian, setiap satu bahagian dicampur dengan air putih (kalau eloknya RO water).

Diminum selama 7 pagi berturut-turut.

Air elok dibacakan dengan Al Faatihah 3x, At Taubah 129 7x, Selawat 11x (dengan doa).

InsyaALLAH tohour.

 

 

Soalan :

Assalam tuan, nak tanyo ni, ado dok kaedah perubatan Islam atau tradisional dalam merawat penyakit ulser dlm perut,lepas jupo pakar homoepathy,dio kata punca disebabkan ubat-ubatan(pesakit adalah bapa mertuo saya yang menghidap darah tinggi). Kalu ada boleh bantu saya serba sedikit cara rawatan dia..jazakallahkk..

Jawapan :

W’Salam WMT, adapun masalah ulser dalam perut berpunca dari banyak faktor, salah satu faktor utama adalah masalah asid yang berlebihan, selain dari itu adalah masalah mukoid dalam usus sehingga menghasilkan gas di dalam gastrik (perut).

Maka untuk masalah tersebut adalah disarankan, mengamalkan memakan kurma paling kurang 7 biji setiap pagi, tidak kira ruthob atau tamar. Terlebih baik jika disertakan dengan susu kambing. Ramuan ini adalah yang bersesuaian dengan umurnya. 

Terlebih baik, waktu petang dinasihatkan meminum air rebusan barli, bagi membaik pulih gerak kerja buah pinggang, tidak mustahil, ayah ada mengalami masalah buah pinggang bekerja kuat, jika ada masalah ulser di dalam perut.

Selain dari itu, elakkan pengambilan pemakanan bersifat tajam dan berangin, contohnya sayur kubis dan lada.

Rehat juga memainkan peranan penting dalam permasalahan ini.
Lazimkan meminum air halia + madu, untuk menghindar dan membuang masalah angin di dalam badan yang juga penyumbang kepada masalah Ulsernya itu.

InsyaALLAH tohour. WALLAHu Alam.

 

 MASALAH ANGIN PASANG (HERNIA)
 Soalan :
Assalamualaikum ustaz. Maaf atas kejahilan saya. bagaimanakah caranya untuk mengubati penyakit angin pasang...terutama bagi kanak-kanak...wassalam.

Jawapan :

W'salam WMT. Kejahilan itu nisbah kepada sesiapa sahaja yang bersifat makhluk khasnya saya sendiri.

Baik, soalan tentang angin pasang (hernia) terutama bagi kanak-kanak. Angin pasang ada 3 jenis.

1) Jenis angin
2) Jenis lendir
3) Jenis saraf

Adapun yang sering terkenal pada kanak-kanak adalah jenis 1 dan 2.

Antara kaedahnya :

1) Elakkan dari memberi susu yang dikocak kepada kepada budak, kerana kocakan tersebut akan menghasilkan gas, seterusnya akan menambahkan lagi risiko hernianya.

2) Elakkan memberi makanan yang ada kandungan MSG kepadanya. Selalunya ada di dalam makanan segera.

3) Lazimkan mengurut dari pangkal ari-arinya sehingga ke pusat (jangan lebih dari pusat), sampai di pusat, pusing lawan jam di perut. Seterusnya diurut dibahagian labu betisnya sehingga ke tapak kakinya. Sebaiknya selepas kanak-kanak tersebut mandi dan sebelum tidur. Urut tidak digalakkan menggunakan minyak berangin. Urutan digalakkan sambil berselawat ke atas junjungan Rasulullah S.A.W.

4) Antara minyak yang boleh diikhtiarkan adalah, minyak kelapa @ minyak zaitun + kulit kayu manis + Cengkih + lada hitam, (semua ramuan pepejal ditumbuk halus sebelum dicampur minyak). Dan disapu pada ari-arinya serta pada buah zakarnya.

5) Lazimkan kanak-kanak tersebut bersarapan dengan madu + Kurma (3 biji maksimum). Jika masih bayi (6bulan ke atas), cukup dengan diberi sapu calitan jari, dan biarkan dia hisap. 

InsyaALLAH Tohour.

 

 Ikhtiar rawatan jantung dan kolestrol (sebaiknya pada yang masih belum buat bypass), juga amat sesuai bagi yang masih dalam keadaan walafiat.

1) Setiap kali selepas Solat, tarik nafas perlahan-lahan melalui hidung, tahan dan zikir Ya Nurr 33x (di dalam hati), lepas semula melalui mulut perlahan-lahan. Lakukan sebanyak 3 pusingan.
2) Setiap kali selepas bangun tidur, sebelum mandi lakukan kaedah yang sama sebelum minum air putih. 

3) Setiap kali sebelum sarapan, telan 1-3 sudu minyak zaitun (EVOO) dan makan sekurang-kurangnya 3 biji kurma, sama ada ruthob atau tamar.

4) Setiap kali sebelum mandi, minum secawan air putih. 

5) Setiap kali sebelum tidur 
- Sebelum berwudhuk, telan atau minum cuka epal / jika mengalami masalah gastrik, boleh digantikan dengan pati delima.

- Selepas berwudhuk, lakukan seperti kaedah pertama sebanyak 1 pusingan. 

InsyaALLAH, tohour.
*buah teen juga dapat meningkatkan kesuburan lelaki..

More info ;
More https://www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]

Sunday 7 September 2014

Intipati The Healing dan Discovering the Power of the Water” By: Dr. Masaru Emoto

Mari kongsi ilmu.
Dalam Buku “The Healing dan Discovering the Power of the Water” (By: Dr. Masaru Emoto) disimpulkan bahawa :

1. MARAH selama 5 minit akan menyebabkan sistem imun tubuh kita menjadi lemah  selama 6 jam.

2. DENDAM dan MENYIMPAN KEPAHITAN akan menyebabkan imun tubuh kita mati.. Dari situlah bermula segala penyakit, seperti Stress, Kolesterol, Hipertensi, Serangan Jantung, Rhematik, Arthtritis, Stroke (perdarahan/penyumbatan pembuluh darah)…..

3. Jika kita sering membiarkan diri kita Stress, maka kita sering mengalami Gangguan Pencernaan.

4. Jika kita sering merasa KHUATIR, maka kita mudah terkena penyakit Nyeri Bahu atau .

5. Jika kita MUDAH TERSINGGUNG, maka kita akan cenderung terkena penyakit Insomnia (susah tidur).

6. Jika kita sering mengalami KEBINGUNGAN, maka kita akan terkena Gangguan Tulang Belakang Bagian Bawah.

7. Jika kita sering membiarkan diri kita merasa TAKUT yang BERLEBIHAN, maka kita akan mudah terkena penyakit GINJAL.

8. Jika kita suka ber-NEGATIVE THINKING, maka kita akan mudah terkena DYSPEPSIA (penyakit sulit mencerna).

9. Jika kita mudah EMOSI & cenderung PEMARAH, maka kita terdedah  terhadap penyakit HEPATITIS.

10. Jika kita sering merasa "SOMBONG" (tidak pernah peduli) terhadap lingkungan, maka kita akan berpotensi mengalami Penurunan Kekebalan Tubuh.

12. Jika kita sering MENGANGGAP MUDAH semua persoalan, maka hal ini boleh mengakibatkan penyakit Diabetes.

13. Jika kita sering merasa KESEPIAN, maka kita boleh terkena penyakit Demensia Senelis (berkurangnya memori dan kontrol fungsi tubuh).

14. Jika kita sering BERSEDIH dan merasa selalu RENDAH DIRI, maka kita boleh terkena penyakit Leukemia (kanser darah putih)

Dr (TCM) Nur Asnawati