Monday 13 October 2014

QURANIC FOODs vs Kencing Tikus

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Penyakit Air Kencing Tikus)

Assalammu'alaikum doktor. Bagaimanakah MZ dan SCT dapat membantu penyakit air kencing tikus? Apakah puncanya? Adakah ia berjangkit dan membawa maut? Mohon pencerahan jika ada rawatan lain melalui herba dan sebagainya. Terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Ianya berpunca dari kuman yang terdapat pada kencing tikus. Simptomnya bermula dari demam di ikuti pendarahan paru-paru, jangkitan otak dan kerosakan buah pinggang. Rawatannya adalah pada langkah pencegahan, bersihkan kawasan yang di diami haiwan yang kotor, elakkan air yang bertakung serta amalkan Quranic Food bagi meningkatkan imun pertahanan badan.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Penyakit kencing tikus atau leptospirosis adalah penyakit yang berpunca dari jangkitan oleh kuman leptospirea yang ada dalam air kencing haiwan. Mengikut teorinya, semua aktiviti yang mendedahkan kita kepada air kencing haiwan ini akan memberikan risiko. Namun, hendaklah kita ingat, takkanlah Allah menghendaki kita menjauhi alam ciptaanNya dan menyusahkan kita untuk memastikan sama ada air kencing haiwan terdapat di persekitaran kita atau tidak.

Itulah konsep perubatan Barat yang mengelirukan. Sebenarnya, akibat sistem imun kita yang lemahlah yang menyebabkan kita terkena jangkitan ini. Sistem imun yang baik sepatutnya boleh melindungi kita. Semua Quranic Food mempunyai kesan meningkatkan sistem imun dan segala sayur-sayuran juga. Amalkanlah pemakanan yang betul ditambah Quranic Food, juga sentiasa mengharapkan perlindungan Allah maka kita akan terpelihara, insyaAllah.

Sumber: Olive House Medic & Business. 
More https://www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]

Ubat tahan sakit bahaya?

UBAT TAHAN SAKIT DAN KESANNYA

Biasanya doktor akan memberikan ubat tahan sakit (painkiller) yang dikategorikan sebagai 'non steroidal anti inflammatory drugs' (NSAIDs) atau ubat yang merawat keradangan yang bukan jenis steroids.

Sekiranya kita mengalami  kecederaan fizikal seperti terseliuh atau jangkitan kuman, badan kita akan mengalami keradangan 
Sejenis bahan biokimia 'prostaglandin' dikeluarkan dari sel-sel yang cedera bagi menghantar mesej bahawa tubuh sedang mengalami keradangan dan otak membacanya sebagai tubuh sedang mengalami kesakitan. 'Prostaglandin' dalam tubuh dihasilkan dengan bantuan sejenis enzim dipanggil cyclooxygenase atau disebut secara singkatannya sbg COX. Terdapat dua jenis enzim COX iaitu cyclooxygenase-1 dan cyclooxygenase-2.

Dipasaran ketika ini terdapat ubat penahan sakit seperti ibuprofen, voltaren dan ponstan yang dapat mengganggu fungsi kedua-dua enzim cyclooxygenase ini dan akhirnya menghalang penghasilan biokimia 'prostaglandin', jadi kita tidak akan merasa sakit.

Efek sampingannya pula, ia akan memberi kemudaratan kepada perut dan ginjal sekiranya dos yang berlebihan dalam jangkamasa yang lama.

Terdapat pengilang farmasi telah mengeluarkan ubat penahan sakit yang lebih selamat, apabila ubat-ubat ini lebih spesifik mengganggu fungsi COX-2 sahaja. Ubat penahan sakit sebegini dinamakan 'Cox-2 inhibitor'. Contohnya Celecoxib (Celebrex) dan Eterocoxib (Arcoxia).

Ubat penahan sakit jenis ini dapat mengurangkan kemudharatan pada perut. Ia lebih baik berbanding ubat penahan sakit seperti ponstan, diclofenace dan ibuprofen.

MALANGNYA ; Bagi pesakit yang telah mengalami masalah gastrik dan ginjal, ubatan yang dihasilkan ini juga diakui tidak selamat untuk diambil. Wallahua'lam.

#
Istiqomahlah beramal dengan quranic foods. Di dalam MZ itu sendiri terkandung segala khasiat yang diperlukan oleh tubuh. Sifat analgesic, inflammatory, vasodilator,antimicrobialdll nya mampu membantu dalam menyembuhkan sesuatu penyakit insyaAllah..
More https://www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]

Sunday 12 October 2014

Minyak Zaitun Olive House dan Kanser Usus

Minyak Zaitun & Kanser Usus:

10-09-2014, Dr Hafizah binti Amanulla

Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana sifat pengasih dan penyayangNya menyebabkan kita dikurniakan pelbagai nikmat hasil dari penciptaanNya. Maka tidak perlu kita berpaling lagi dan mencari ciptaan manusia kerana sudah tentunya kesembuhan itu milik Allah sama ada secara terus dariNya atau hasil ciptaanNya dengan izinNya.

Minyak zaitun sememangnya suatu keajaiban yang telah diabaikan hampir 100 tahun terutamanya oleh masyarakat Melayu. Sedangkan ianya jelas dipilih oleh Allah untuk dinyatakan dalam al-Quran yang mulia. Maka dengan pengabaian ini, rugilah seluruh tubuh ciptaan Allah ini tanpa disirami nikmat khasiat yang ada dalam minyak zaitun. Minyak zaitun adalah suatu khasiat yang sangat diperlukan oleh saluran penghadaman dan dari saluran penghadaman ini jugalah bermulanya semua penyakit. Maka dari situ jugalah bermulanya kesembuhan. Kandungan sebatian phenol yang pelbagai di dalamnya atau disebut polyphenol merupakan adunan khas kombinasi phenol oleh Allah yang maha Mengetahui untuk kesihatan sel manusia. Apabila minyak yang mulia ini bersentuhan dengan mukosa usus kita, proses penyembuhan terus bermula.

Kanser usus adalah kebanyakannya disebabkan faktor makanan proses yang merosakkan vilus-vilus pencernaan dan juga pengambilan ubat-ubatan contohnya antibiotik yang memusnahkan bakteria baik di daalm usus seterusnya mengganggu keseimbangan ekologi dalaman usus. Bila ekologi ini terganggu, biasanya pesakit akan mendapat cirit birit yang kerap atau pun masalah sembelit. Masalah ini sekiranya diatasi dengan pengambilan ubatan kimia yang bersifat simptomatik tanpa melakukan perubahan dalam pemakanan, akan menerukkan lagi keadaan. Antara gejala kanser usus adalah berak berdarah, menurunnya berat badan, masalah penyerapan dan hilang selera makan. Minyak zaitun sudah dibuktikan sebagai pemakanan yang dapat membantu penderita kanser usus dan jika disinergikan(ditambahkan) dengan madu dan habbatus sauda, hasilnya amat memberangsangkan.

Menurut kajian oleh sekumpulan penyelidik di Universiti Ulster, Ireland diketuai Dr Gill, mendapati kandungan polyphenol dalam minyak zaitun menyebabkan sel terlindung dari kerosakan DNA dan apabila diuji ke atas sel kanser usus, ianya mengurangkan pembahagian sel kanser dalam pelbagai peringkat(anti-promoter effect in carcinogenesis pathway). Mungkin ramai di antara kita yang sedang mempunyai kanser tetapi masih di peringkat awal dan tidak menunjukkan gejala. Untuk kanser peringkat ini, ianya amatlah sukar untuk dikesan oleh doktor dengan pasti. Maka adalah lebih baik kita mengamalkan minyak zaitun setiap hari sebagai langkah pencegahan yang tentunya lebih utama dari perawatan.

Kajian yang dilakukan manusia memberi bukti yang kukuh dan mengangkat martabat minyak zaitun di mata manusia. Namun bagi manusia yang telah yakin 100% dengan kata-kata Allah, beramallah dengan minyak zaitun setiap hari dan jadikan ia senjata untuk melawan serangan penyakit yang semakin parah di zaman ini. Wallahu'alam.

Sumber: Olive House. 
www.facebook.com/QuranicFoods
Whatsapp 0175750810

Thursday 9 October 2014

Info Minyak Sawit merah

Minyak Sawit Merah:

Terlibat dalam dunia masakan ini mendedahkan saya dengan pelbagai kajian dan ciptaan tentang makanan. Saya amat teruja apabila seorang pensyarah yang juga seorang kenalan saya, Dr Azwan Lazim yang bertugas di Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan Universiti Kebangsaan Malaysia mengundang saya menjalankan penyelidikan bersama tentang minyak sawit merah.

Pasti ada yang tertanya-tanya kerana tidak biasa mendengar nama minyak ini. Jika di pasaran ia dikenali sebagai minyak Carotino.

Tidak banyak promosi tentang minyak sawit merah di negara ini. Walaupun harganya sedikit mahal di pasaran tapi percayalah minyak ini sangat berkhasiat.

Minyak sawit merah sebenarnya diperoleh daripada buah kelapa sawit. Minyak ini berwarna merah kerana kandungan beta karotenanya (sebatian warna merah) yang sangat tinggi dikekalkan dan tidak dilunturkan dalam pemprosesannya.

Minyak kelapa sawit yang biasa anda gunakan yang berwarna kuning itu telah menjalani proses pelunturan warna dan sebagainya.

Karotena juga terdapat pada buah-buahan yang berwarna merah seperti tomato dan lobak merah. Tahukah anda bahawa kandungan karotena dalam minyak kelapa sawit merah 15 kali lebih banyak daripada lobak merah dan 300 kali ganda berbanding tomato.

Karotena adalah nutrien penting dan akan menukar vitamin A dalam badan kita. Kekurangan vitamin A akan menyebabkan kerabunan serta kerosakan mata lain yang serius, kelemahan tulang, kurang daya tahan penyakit dan kelembapan mental.

Karotena memerlukan minyak untuk membentuk vitamin A dalam badan kita. Jadi minyak kelapa sawit merah ini agak istimewa kerana dapat membantu karotena menukar menjadi vitamin A.

Minyak ini bukan sahaja memberikan asid lemak utama untuk pertumbuhan malah ia juga membekalkan pelbagai vitamin seperti vitamin E, anti oksida dan fitonutrien yang bagus untuk kesihatan dan dapat mencegah penyakit.

Anti oksida seperti vitamin E ini membantu menentang penyakit jantung, menurunkan tahap kolesterol jahat, meneutralkan radikal bebas dan mencegah kanser.

Jadi dengan menambah minyak sawit mentah ke dalam makanan, anda dapat memperkayakan kandungan asid lemak Omega 3 dan Omega 6.

Kedua-dua asid lemak ini dapat membantu mengurangkan risiko sakit jantung, menurunkan tahap trigliserida, menurunkan tekanan darah, mengurangkan pembekuan darah dan meningkatkan fungsi imunisasi.

Selain itu minyak ini sangat digalakkan untuk diet ibu yang sedang mengandung dan sedang menyusu bayi.

Ini kerana minyak sawit merah dapat membantu merangsang perkembangan otak janin yang dikandung dan meningkatkan kandungan vitamin A dalam susu ibu yang menyusu bayi sebanyak dua hingga tiga kali ganda.

Minyak sawit merah sangat sesuai untuk memasak, sebagai minyak salad dan membuat pastri seperti kek.

Kandungan vitamin E yang tinggi dalam minyak Carotino diperakui dapat memelihara minyak ini dari cepat menjadi tengik dan tahan lebih lama.

Selain itu ia mengandungi 50 peratus asid lemak tepu 40 peratus asid lemak mono tidak tepu dan 10 peratus asid lemak politepu.

Kandungan ini menjadikan minyak ini sangat tahan dan stabil pada suhu tinggi sehingga 225 darjah Celsius di mana kesannya ia tidak mudah teroksida dan dapat mengelakkan tosik berlaku jika memasak dengan suhu yang tinggi.

Sumber: ARKIB Utusan: 06/07/2012.