Wednesday 6 February 2019

Bekam Alor Setar


Berbekam kurangkan kesakitan
SABTU, 29 SEPTEMBER 2018 @ 11:15 AM

Ketika proses berbekam dijalankan.
Oleh Hidayah Mohammad

Amalan berbekam mengeluarkan darah kotor dalam tubuh berupaya mengurangkan gejala penyakit.

Prosedur bekam basah atau atau bekam darah dilakukan mengikut syarat asas membantu mengurangkan derita sakit seperti darah tinggi, jantung, diabetes, migrain dan kolesterol dalam darah.

Namun disebabkan kurang maklumat sebahagian besar pesakit diabetes, umpamanya mengelakkan khuatir membawa kesan luka yang lebih serius.

Pesakit kencing manis mengaku mereka tidak berani melakukannya kerana terlalu percaya andaian diabetes menjadi lebih serius, selain trauma terhadap darah.

Tanpa mereka sedari, ia antara rawatan untuk mengurangkan masalah kencing manis dengan menurunkan paras gula dalam darah.

Turunkan paras insulin dalam darah

Pengamal Perubatan Alternatif Terapi (Bekam), Dr Rosmawati Mohamed, berkata bekam basah membantu pesakit kencing manis menurunkan paras insulin.

Rawatan secara sistematik mengikut prosedur asas terapi, selain pemantauan jurubekam membantu pesakit mendapatkan manfaat.

“Mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) British Company Sosiety (BCS), jurubekam terlebih perlu melakukan pemeriksaan awal dengan mengetahui sejarah pesakit sebelum prosedur dijalankan.

“Pesakit tidak boleh mengharapkan rawatan bekam semata-mata untuk pulih sepenuhnya, mereka perlu tingkatkan disiplin mengurangkan pengambilan makanan tinggi gula menerusi amalan makan secara sihat,” katanya.

Dr Rosmawati berkata demikian ketika ditemui sempena Wacana bertajuk Darah, Bekam dan Urut dari perspektif Etno-Sains Perubatan Alam Melayu, anjuran Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di Bangi baru-baru ini.

Terapi kurangkan kesakitan

Garis Panduan Amalan Perubatan Tradisional dan Komplementari: Bekam Kementerian Kesihatan, menyatakan rawatan tradisional seperti sebagai sebahagian daripada terapi alternatif mengurangkan kesakitan.

Sebagai contoh, berbekam mengeluarkan darah kotor dan toksin dari badan cara torehan pada badan, menggunakan tanduk atau cawan panas yang ditelungkupkan pada tempat ditoreh tadi.

Darah yang keluar kesan torehan adalah sel darah merah yang kotor dan rosak selepas tamat tempoh 120 hari.

Berdasarkan tempoh itu, beliau menggalakkan rawatan bekam basah dilakukan tiga atau empat bulan sekali. Jika darah kotor tidak dibersihkan dan hanya mengalir di sekitar salur darah, kesannya boleh menyebabkan saluran tersumbat.

Kaedah torehan yang sempurna, menggunakan pisau cukur yang diubahsuai dengan mematahkan sebahagian menjadi satu mata. Kedalaman pisau cukur berkenaan perlu tidak melebihi dua milimeter.

“Kedalaman itu sudah memadai untuk memberi kesan torehan berkesan iaitu tidak terlalu dalam atau cetek. Pastikan pisau tidak digunakan berulang kali sebaliknya dipakai buang.

“Kebanyakan pengamal bekam selesa menggunakan jarum khusus bekam yang memantul untuk mencucuk bahagian yang hendak dibekam,” katanya.

Patuhi 10 titik bekam

Terdapat 10 titik bekam tradisional mengikut sunnah pada seluruh tubuh tetapi boleh lebih banyak mengikut mengikut masalah yang dihadapi berdasarkan keperluan setiap individu.

Biarpun titik bekam boleh dilakukan seluruh tubuh, namun beliau berkata, rawatan itu tidak boleh dilakukan terlalu banyak untuk satu sesi.

Pesakit disaran melakukannya pada kuantiti lima hingga 10 cawan untuk satu sesi rawatan.

Pesakit juga dinasihat mengambil vaksin terlebih dulu sebelum melakukan prosedur berkenaan.

Jumlah darah yang keluar dari tubuh juga tidak boleh terlalu banyak. Dianggarkan antara 50 hingga 60 mililiter (ml) sekali rawatan kerana bimbang boleh memudaratkan kesihatan.

Selain lebam dan luka mengambil masa lama sembuh, kesan lebih buruk yang tidak diingini boleh berlaku selepas prosedur bekam ialah penyakit hepatitis B dan C serta HIV yang merebak melalui darah.

Pastikan pusat rawatan mematuhi amalan standard bagi mengelak kemungkinan berlaku jangkitan.

Lebih membimbangkan sekiranya pesakit dalam keadaan yang tidak bersedia atau cergas untuk bekam, selain risiko menyebabkan kematian, Namun setakat ini, tiada laporan dan tidak pernah berlaku kematian kerana bekam.

INFO: Berbekam mengikut prosedur

→ Segelintir masyarakat di negara melakukan bekam terhadap anak kecil seawal usia tiga atau empat tahun. Anak terlalu kecil tidak sesuai kerana sistem antibodi masih kuat.

→ Standard prosedur BCS menetapkan had usia 16 tahun bagi individu yang layak berbekam.

→ Disarankan mengehadkan usia boleh mula bekam pada usia 12 tahun kerana lebih fleksible.

→ Pada usia berkenaan individu boleh memahami fungsi bekam dan mudah memberi kerjasama sepenuhnya. Syarat tertakluk kepada kebenaran ibu bapa dan penjaga.

Panduan asas berbekam

Sebelum bekam

→ Digalak berpuasa, bergantung kepada keadaan - bimbang letih asalkan tidak memudaratkan kesihatan pesakit.

→ Ambil makanan ringan. jarakkan tempoh dua jam sebelum berbekam.

→ Elak minuman manis Selepas bekam

→ Elak aktiviti lasak

→ Elak terus mandi sejurus selepas berbekam.

→ Jarakkan antara dua jam atau mandi keesokan hari.

→ Elak melakukan hubungan

kelamin dalam tempoh 24 jam

Hak Cipta Terpelihara © 2019 - BH Online
New Straits Times Press (M) Berhad (4485-H)
.
untuk tempahan waktu bekam anda cal/sms 0174556998
atau klik www.wasap.my/60175750810

No comments:

Post a Comment