Info Lengkap Resdung - Rawatan Resdung Alor Setar
KENALI RESDUNG.. BAGAIMANA IANYA TERJADI...
KENALI RESDUNG..
Istilah Perubatan Tradisional - Ia merupakan kerengsangan hidung yang
boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan
menimbulkan ketidakselesaan.
Istilah Saintifik - Merupakan virus kanser yang hidup di bawah
lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada
kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh
menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan.
RESDUNG
atau seduan(sinusitis) adalah sejenis penyakit yang mudah berjangkit
dalam waktu yang singkat apabila daya tahan penyakit atau antibodi
seseorang itu lemah dan tidak dapat menahan kuman resdung / hama) yang
terus merebak dalam tubuh pesakit.
Percayakah anda resdung adalah
penyakit yang berpunca dari parasit demodex atau apa yang dipanggil
sebagai ulat resdung. Terdapat kira-kira 44 jenis resdung! Masalah
resdung berpunca dari alahan terhadap habuk,debu, pemakanan, pencemaran
dan sebagainya. Penyakit resdung boleh membawa MAUT!!!
Resdung
adalah penyakit berjangkit yang berpunca dari hama DEMODEX, alahan dan
bakteria. Demodex spp ada pada 97.68% orang dewasa di seluruh dunia
(kajian Dr. Qu Kui Zin selama 30tahun melibatkan 905,801 orang dewasa
pelbagai bangsa, umur dan pekerjaan).Demodex tidak dapat dilihat dengan
mata kasar, berukuran 0.1mm-0.4mm, ada dua jenis yang hidup pada
bahagian dahi, muka, kening, hidung dan kepala.
Ia hidup dalam
liang atau bulu roma dan bulu mata, sgt aktif di waktu malam apabila ia
keluar untuk bersenyawa dan masuk semula untuk bertelur di dalam liang
roma. putaran hidupnya selama 14hari. merebak melalui sentuhan, ciuman
atau penyusuan bayi.
jumlah demodex bertambah mengikut kadar
usia. kulit muka menjadi gatal-gatal, rambut gugur berkelemumur,
berjerawat, nafas berbau dan berpenyakit kulit.
Resdung
adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit
hidung. Salah satu punca gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria
keatas hidung dan rongga disekelilingnya.
Dianggarkan hampir 25%
penduduk negara ini mengalami penyakit resdung yang serius. Diantara
tanda-tanda resdung ialah gatal-gatal, hidung berhingus atau tersumbat,
sakit kepala terutama di dahi dan pipi, kelumumur yang berterusan
walaupun bermacam syampu dan ubat telah digunakan. Penyakit resdung juga
dikenali 'sinusitis'. Ramai yang tidak memandang serius tentang
penyakit ini tapi sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada
penghidapnya. Untuk kanak-kanak, ia boleh sebabkan jangkitan sellulitis
dan merah pada bahagian mata. Akhirnya boleh menyebabkan buta. Manakala
untuk orang dewasa, ia boleh menyebabkan nanah daripada sinus frontal
tidak dapat keluar daripada hidung dan akan masuk serta memenuhi ruang
dalam otak. Ini akan menyebabkan dinding pemisah akan menjadi semakin
tebal dan boleh mengakibatkan sinus mudah tersumbat.
APAKAH SINUS ?Sinus
merupakan rongga atau ruang udara yang berada di tulang muka. Rongga
ini bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat kecil.Biasanya
lendir dihasilkan oleh rongga ini setiap masa dan disalirkan kedalam
hidung.
Ramai beranggapan tulang muka padat (solid) sebenarnya
mengandungi ruang-ruang udara.Ruang-ruang udara ini, menjalankan
fungsinya bagi meringankan tulang-tulang kepala untuk dengungan
(resonance) normal suara manusia.
Ruang-ruang sinus ini
sebenarnya mempunyai pintu yang terbuka yang menghubungi ruang tersebut
dengan hidung.Sehubungan itu, pintu-pintu perhubungan ini menyebabkan
penyakit di hidung boleh masuk ke dalam sinus di mana ia sering keluar
ke ruang hidung.
Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lendir
ini akan berkumpul seterusnya kumam (bakteria) akan membiak didalam
rongga sinus ini.Ini menyebabkan penghasilan nanah dan juga bengkakkan
didalam lapisan hidung.
APA YANG TERDAPAT PADA SINUS YANG NORMAL
Pada
sinus yang normal, terdapat ruang udara dan sedikit cecair yang
sentiasa dihasilkan oleh dinding sinus.Seperti dinding ruang hidung, ia
sentiasa dibasahi bagi mengawal kelembapan(humidity) yang terdapat dalam
paru-paru mengikut kesesuaian paru-paru manusia.Bagaimanapun, cecair
ini tidak statik sentiasa mengalir keluar dari sinus melalui pintu dan
terus ke hidung.
Dari hidung ia akan mengalir masuk ke belakang
hidung terus masuk ke dalam tekak.Kebanyakan penyakit sinus disebabkan
oleh penyakit-penyakit hidung.
Terdapat empat ruang sinus utama iaitu :
* Sinus maxilla
* Sinus ethmoid
* Sinus frontal
* Sinus sphneoid
APAKAH RESDUNG (SINUSITIS)
Resdung
merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga
sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman.Sinusitis merupakan
keradangan pada selaput sinus. Apabila berlakunya Sinusitis, mukus
seperti hingus tidak dapat mengalir keluar dengan baik dari sinus. Oleh
yang demikain ia akan dipenuhi oleh rembesan. Biasanya,
"penyapu-penyapu" kecil dalam sinus yang dipanggil silia akan menolak
mukus keluar dari sinus ke dalam hidung. Apabila kerosakan berlaku pada
fungsi silia atau bila bukaan yang terletak di antara sinus dengan
laluan hidung tersumbat anda akan mendapat Sinusitis.
Selalunya,
Sinusitis disebabkan oleh jangkitan bakteria yang akan berakhir dalam
beberapa hari. Kadang-kadang ia bermula dengan jangkitan virus yang
mencetuskan selesema dan menyebabkan berlakunya kesesakan dalam sinus
yang akhirnya membawa kepada jangkitan sinus oleh kuman bakteria.
Sinusitis jenis ini dipanggil Sinusitis akut.
Sinusitis yang
kronik (kadangkala disebut sebagai Sinusitis berterusan) ialah merujuk
keradangan sinus yang berlaku beterusan sehingga berbulan-bulan atau
kadang kadang bertahun-tahun. Jika anda sering diserang Sinusitis atau
jangkitan tersebut berlarutan hingga lebih dari 3 bulan, ia mungkin
merupakan Sinusitis kronik. Gejala Sinusitis kronik mungkin tidak
seteruk Sinuisitis akut tetapi Sinusitis kronik boleh mencetuskan
komplikasi yang serius seperti jangkitan pada otak dan kebutaan.
Apakah Yang Menyebabkan Sinusitis Dan Gejalanya?
Sinusitis
biasanya berlaku selepas mendapat selesema dan selalunya dikaitkan
dengan demam alergi atau demam alahan (rinitis alergik), asma atau
pencemaran udara yang boleh menyebabkan keradangan. Ia boleh terjadi
kepada semua kumpulan umur.
Petanda yang klasik penyakit ini
ialah sakit di bahagian muka, sakit gigi, tekanan di muka, hidung
tersumbat, sakit kepala, keluar hingus yang berwarna kuning kehijauan
dan berbau busuk. Sakit kepala sinus akan terasa apabila bangun dan
menjadi teruk apabila membongkok. Seseorang itu merasakan dirinya tidak
sihat. Membran mukus dalam hidungnya kelihatan merah dan bengkak dan
mungkin terdapat nanah terkeluar dari hidung.
Di kalangan
kanak-kanak, simptom yang lazimnya berlaku ialah pengap hidung. Ini akan
menyebabkan sakit di mata dan bengkak di sekitarnya. Keadaan ini
memerlukan rawatan kecemasan.
Sakit tekak dan batuk adalah sangat lazim bagi kedua-dua Sinusitis akut dan kronik.
Antara kuman yang menjadi punca penyakit ini ialah:
* Streptococcus
* Staphylococcus
Pada
keadaan normal, kedua-dua jenis kuman ini sememangnya sedia ada
terdapat pada rongga hidung tetapi ia tidak menyebabkan apa-apa
penyakit.
Malah, dengan sistem pertahanan tubuh yang kuat ia
dapat dikawal. Sebaliknya, sekiranya berlakunya kepincangan pada
pertahanan tubuh bakteria ini dapat membiak tanpa kawalan dan
menyebabkan resdung.
GEJALA RESDUNG (SINUSITIS)
• Hidung selalu tersumbat
• Lender dari hidung dan tekak
• Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
• Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
• Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
• Gejala alahan hidung seperti bersin,gatal hidung dan sebagainya
KEMUDRATAN RESDUNG (SINUSITIS)
• Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
• Jangkitan otak
• Sakit tekak yang kronik
• Jangkitan tulang muka
• Menerukkan keadaan lelah
• Berdengkur secara kronik
• Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
• Alahan hidung
• Selsema biasa yang melarat
PUNCA BAKTERIA MEMBIAK
Punca utama yang menyebabkan bakteria membiak apabila pintu-pintu rongga sinus tersumbat. Ia tersumbat apabila berlakunya:
a. Radangan pada hidung.
Faktor-faktor yang menyebabkan radang hidung ialah apabila berlakunya:
* Jangkitan kuman dan alergi (alahan).
Sekiranya keadaan ini berlaku dinding hidung membengkak. Apabila lapisan ini membengkak ia akan menutup pintu sinus.
b.
Ketumbuhan atau polip pada hidung di mana tumor ini menutup pintu
rongga sinus (ostia) seperti ketumbuhan malignant (kanser di hidung)
Apabila
ostia tertutup cecair daripada rongga sinus tidak dapat keluar dan
bertakung.Apabila berlakunya takungan ini, bakteria akan membiak yang
menyebabkan terjadinya resdung.
c. Jangkitan pada gigi geraham atas
Akar
umbi gigi geraham atas berada di sinus maxilla. Apabila seseorang
mengalami sakit gigi, ia akan menjangkiti akar gigi dan keluar ke sinus.
Keadaan ini berlaku sekiranya gigi yang berpenyakit tidak dapat
dikeluarkan sepenuhnya oleh doktor gigi. Ada kalanya dalam proses
mencabut gigi, akarnya terpatah dan tertinggal.
d. Genetik
Resdung bukanlah penyakit genetik, tetapi alahan yang diwarisi yang menyebabkan sinusitis itu merupakan genetik.
JENIS RESDUNG(SINUSITIS)
* Akut
* Kronik
AKUT
Ia
berlaku dalam tempoh dua minggu bermula dengan jangkitan rhinitis atau
serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung. Keadaan ini
menyebabkan tersumbatnya hidung.Sekiranya resdung akut tidak dirawat
dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan
dengan rawatan. Sehubungan itu jangkitan akan berlaku berterusan, tetapi
tahap keterukannya tidak seteruk resdung pada peringkat kronik.
Antara ciri-cirinya ialah :
* Hidung berair, tersumbat dan terjadinya rasa sakit berdenyut di muka dan bahagian depan kepala terutama di dahi dan pipi.
* Serangan biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang.
* Rasa sakit apabila seseorang tunduk dan sujud.
KRONIK
Serangan
resdung akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah
menjadi kronik.Seseorang yang menghidap resdung pada peringkat kronik,
pesakit akan mengalami:
• Kegatalan pada bahagian muka yang teruk
• Jerawat yang banyak, ada juga individu yang tak berjerawat.
• Kerap bersin pada waktu pagi
• Ada kalanya hidung tersumbat
• Tanpa demam tetapi hingus bertambah
• Sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala
• Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk
Ada
kalanya bau busuk ini tidak dapat dirasai atau disedari oleh pesakit
tetapi disedari oleh ahli keluarga atau rakan-rakan sekeliling.
INDIVIDU BERISIKO
* Mereka yang alah kepada habuk dan makanan yang menyebabkan hidung mereka tersumbat
* Mereka yang mempunyai ketumbuhan dalam hidung
* Mereka yang mempunyai kelainan (abnormality) dalam hidung seperti septum dinding pemisah hidung yang bengkok
*
Turbinate dinding tepi hidung terdiri daripada tiga turbinate iaitu
tulang-tulang dinding yang mempunyai para. Mereka yang mempunyai
turbinate yang besar, berisiko untuk mendapat resdung kerana ia
menyumbat sinus.
KOMPLIKASI
Resdung yang tidak dirawat dengan sempurna boleh mengakibatkan komplikasi serius kepada kanak-kanak dan orang dewasa.
* Kanak-kanak
Resdung
di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata,
mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Sekiranya ia
dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta.Punca yang menyebabkan
kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan
mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum
terbentuk.Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata.
Pada
tahap kritikal doktor akan membuat satu laluan supaya cecair dari sinus
ethmoid dapat dikeluarkan dari hidung dan ia tidak bertakung lagi.
* Dewasa
Bagi
orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung
dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi
semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan
sempurna.Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia mudah tersumbat.
Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti resdung,
tetapi komplikasinya amat jarang berlaku.Ini kerana nanah tidak boleh
menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke
dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan
pembedahan neurosurgery. Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian
meningkat hingga 40 peratus.
Pencegahan
• Apabila terkena selesema dapatkan rawatan segera. Hembuskan hidung anda perlahan-lahan
• Banyakkan meminum cecair apabila anda diserang selesema, untuk mencairkan mukus dan mengalirkannya keluar.
•
Jauhkan diri anda dari asap tembakau/rokok dan udara yang tercemar. Ia
boleh meradangkan laluan hidung anda. Perokok lebih mudah mendapat
Sinusitis.
• Jangan pergi berenang atau menyelam ketika anda diserang
Sinusitis kerana bahan klorin yang terdapat pada air di kolam renang
itu akan mengganggu pengalas lapisan hidung dan sinus. Penyelam biasanya
akan mengalami kesesakan hidung.
Penjagaan Diri
• Minum lebih banyak cecair untuk mencairkan mukus. Minum segelas air atau jus setiap jam.
•
Jangan membeli penyembur hidung dari mana mana kedai ubat tanpa nasihat
atau preskripsi dari doktor. Jika digunakan 7 hari berturut-turut ia
akan memburukkan lagi simptom anda.
• Makanlah ubat seperti yang dinasihatkan. Adalah penting anda mematuhi regimen pengubatan ini.
•
Anda boleh membeli ubat penghilang kesakitan untuk mengurangkan sakit
kepala dan sakit di muka disebabkan oleh keradangan sinus.
• Berehatlah secukupnya.
Makan makanan seimbang dan banyakkan memakan buah-buahan.
PETUA ELAKKAN RESDUNG
Ini beberapa petua mencegah resdung;
1. Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab.
2. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang.
Untuk hasil yang lebih baik, cuci 3 benda tadi dengan air panas. Tujuannya untuk membunuh serangga dan pepijat.
3. Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani. Kalau
perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti
tinggi.
4. Kalau anda nak mengemas rumah, pakailah penutup hidung. Bukan pakai ketika musim jerebu sahaja.
5. Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.
6. Selalulah lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam.
Lebih baik kalau anda sampai jer ke rumah, terus basuh muka. Maklumlah, kat luar tu kan banyak habuk dll.
7. Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), janganlah makan makanan tu.
~ Kredit - http://fuziahmahadi.blogspot.com
Sila Like Kami di Facebook
Untuk info lanjut dan promosi terkini sila like kami di Facebook
WhatsApp 014 2448 999 Us Zaki. Untuk Booking Masa Anda. Perawat Wanita untuk pelanggan wanita