Wednesday, 25 June 2014
Karkadeh @ TEH MESIR
- Lebih kental, lebih merah
- Lebih nikmat rasa asamnya
- Organik
- Pengeringan dengan sinar matahari
- Di import dari Mesir
- Bersertifikat uji lab bebas kimia
- Mudah larut
- Dapat diseduh berulang-ulang
CARA MINUM:
- Masukkan 3-5 helai atau 2 sdt bunga Rosela ke dalam 1 cangkir air hangat
- Diamkan selama 5-10 menit sampai air berwarna merah tua, lalu aduk. Akan lebih nikmat jika ditambah madu murni.
- Teh Mesir siap diminum. Jangan buang ampasnya, masih dapat dipakai untuk segelas lagi atau bisa dimakan.
Teh Rosela yang dalam istilah Mesir disebut Karkadeh mempunyai kelebihan dan ciri khas yang luar biasa dibanding Rosela lainnya, yaitu lebih kental, lebih merah dan lebih nikmat rasa asamnya serta memiliki kandungan nutrisi yang lebih banyak.
Selain nikmat, teh Rosela juga secara umum bermanfaat untuk:
Meredam batuk, mempermudah buang air kecil, melunakkan kotoran, pendingin tubuh, antiscorbutic (mencegah penyakit karena kekurangan vitamin C), antidiabetic, anti kolesterol, anti bakteri, mencegah keropos tulang, mengurangi derajat viskositas (kekentalan darah), menurunkan hipertensi, menurunkan asam urat, menurunkan kadar gula, mencegah kanker, meningkatkan daya tahan tubuh, mencegah penuaan dini, melangsingkan tubuh, menetralkan racun.
KARKADE MESIR JABAL TURSINA
TEH ROSELLA
Kandungan Bunga Rosella: Vitamin C, D, B1, B2, Kalsium, Magnesium
Beta-Caroteen, Omega-3.
100% alami tanpa bahan pewarna dan tanpa bahan pengawet.
Dapat disajikan dalam keadaan hangat/dingin, lebih merah & lebih kental, bisa diseduh berulang-ulang, lebih mudah larut dan lebih cepat terasa manfaatnya.
MANFAAT & KEGUNAAN:
- Meredakan batuk
- Mencegah asam urat, sariawan & panas dalam,
- Mencegah osteoporosis, kolesterol dan hipertensi
- Mencegah penuaan di usia dini.
- Menetralkan racun nikotin
- Menormalkan & menstabilkan kadar gula darah
- Melancarkan buang air kecil & buang air besar
- Menjaga kesehatan mata
- Meningkatkan daya tahan tubuh
Manafaat dan kehebatan Karkadeh atau Rosella
49 calories,
84.5% H2O,
1.9 g protein,
0.1 g fat,
12.3 g karbohidrat,
2.3 g serat,
1.2 g abu,
1.72 mg Ca,
57 mg P, 2.9 mg Fe, 300 mg setara b-carotene, dan 14 mg asam ascorbic.
44 Kalori, 86.2% H2O, 1.6 g protein,O.l g lemak,
11.1 g karbohidrat, 2.5 g serat, 1.0 g abu,
160 mg Ca, 60 mg P, 3.8 mg Fe, 285 mg setara beta carotene,
0.04 mg thiamine, 0.6 mg riboflavin, 0.5 mg niacin, dan 14 mg asam ascorbic
7.6% moisture,
24.0% protein, 22.3% lemak, 15.3% serat, 23.8% N-free extract,
7.0% abu, 0.3% Ca, 0.6% P, dan 0.4% S.
43 Kalori,
85.6% H2O,
3.3 g protein,
0.3 g lemak,
9.2 g karbohidrat,
1.6 g serat,
1.6 g abu,
213 mg Ca, 93 mg P, 4.8 mg Fe, 4135 mg setara beta carotene,
0.17 mg thiamine, 0.45 mg riboflavin, 1.2 mg niacin, and 54 mg asam ascorbic.
- Menurunkan tekanan darah
- Menurunkan kadar gula darah pada penderita diabetes
- Sebagai detoks, menetralkan racun
- Menghambat tumbuhnya kanker
- Menjaga stamina
- Menurunkan tingkat penggumpalan lemak di hati
- Menyeimbangkan berat badan
- Mengurangi panas dalam dan susah buang air besar
- Membantu memulihkan dari ketergantungan obat
- Mengurangi pusing / migraine
- Mengandung multivitamin, termasuk vitamin C dan beta karoten
- Mengobati batuk, diare.
Wednesday, 11 June 2014
Saranan doktor Kencing Manis amal Minyak Zaitun
noor aziah: Ada kwn akak suami dia ni dah agak teruk kencing manis. Dia nak minta pendapat akak utk produk olive house. Apa yg elok sy bgtau pd dia utk beri keyakinan pdnya
Dr Hafizah: Kencing manis penyakit yg mudah...badan dia kekurangan gula. ..badan dia asyik dapat gula X elok..dari gula putih, gandum proses dan makanan proses yg terubahsuai. ...
Nak sembuh mudah saja...makan benda2 manis ciptaan Allah. ..macam buah...nira...ganti gula putih kepada gula kelapa..elak terus makanan proses..roti canai...kecuali roti canai buat sendiri pakai tepung tanpa bahan kimia dan minyak zaitun...hihi...
Mz dan Quranic food lain amalkan dalam masakan dan juga amik sbg supplements. .
Ubat hospital mmg kena tinggal. .tapi kalau dia X percaya..suruh lah tinggal skit2...
Telah terbukti! Dengan kajian Makmal. Serta testimoni yg pelbagai..
Perkongsian dari Kajian Moden.. ia telahpun disebut di dalam al Quran.. sarjana dan saintis barat mengkajinya dengan teliti dan menamakannya SUPER FOODS dan FOODS AS MEDICINE.. kita amalkannya sebagai www.QuranicFoods.com makanan disebut didalam al Quran..juga makanan penghuni syurga..
ia dapat membantu Kesihatan tubuh dalam banyak aspek. TAPI PASTIKAN dapatkan yg 100% asli serta Organic.
more info Sms, Whatsapp 017 5750810
www.QuranicFood.com or www.facebook.com/QuranicFoods
Khasiat Pokok Dukung Anak
Nama Tempatan : Dukung Anak / Amin Buah
Nama Saintifik :Phyllanthus Niruri
Nama Lain :Kelek anak, meniran(indonesia),Bhuaionla, kiranelligida(india)
Famili :Eurphorbiaceae
Lokasi dijumpai:Di tepi longkang , dalam pasu dan dikawasan pertanian
Dikenali dengan nama meniran bagi masyarakat indonesia , tumbuhan in termasuk dalam famili Eurphorbiaceae.Selalunya tumbuh dikawasan yang tanahnya agak keras, seperti dicelah retakan simen. Juga boleh didapati di kawasan kebun-kebun sayur dan tanah terbiar.Daun pokok ini adalah dari jenis majmuk bipinat , daunnya kecil berwarna hijau yang agak gelap dan tersusun berselang seli dengan jarak lebih kurang 6-10mm
Ia adalah herba tahunan(annual) dengan ketinggian lebih kurang 30-60 cm.Ia mempunyai bunga yang berwarna putih kekuningan dan satu tangkai bunga mempunya bunga-bunga kecil yang banyak . terdapat dua jenis bunga; bunga jantan dan betina. Kapsul bijinya sangat kecil, berpermukaan licin dan dari jenis 3-gonous. Kitaran dari satu biji ke biji yang berikutnya adalah 2 hingga 4 minggu. Dukung anak tumbuh di kawasan yang beriklim tropika seperti Malaysia, Indonesia,Thailand. Juga terdapat di China, India dan dalam kawasan antara Filipina dan cuba. Dikebanyakan tempat ia mendatangkan masalah kepada petani kerana selalunya tumbuh di kawasan pertanian dan dianggap rumpai yang sukar dikawal.
Kegunaan:
1. Akar, daun, buah, jus dan keseluruhan tumbuhan ini mempunyai nilai perubatan. Perubatan ayurveda ia digunakan sebagai penghilang dahaga,bronchitis, kusta,anemia, penyakit kelenjar kencing,anuria dan asma.Boleh juga digunakan untuk mengubat penyakit berak berdarah(dysentery) yang kronik (mengikut kaedah perubatan unani dari India) dan juga cirit birit. Caranya minum air rebusan setiap hari.
2. Buahnya digunakan untuk mengubati luka, kerengsaan, penyakit kudis buta(scabies) dan kurap.Akarnya pula (yang masih segar) adalah penawar yang berkesan untuk penyakit kuning(jaundice) terutamanya pada bayi yang baru lahir. Daun yang telah dilumatkan dan dicampur dengan sedikit garam dapur boleh merawat jangkitan kudis buta(scabies). Jika tidak dicampur garam ia boleh ditampal pada luka dan lebam.ia juga boleh digunakan untuk merawat bisa gigitan ular.Tumbuhan ini juga boleh digunakan sebagai tuba(racun) ikan. Kaedah perubatan ayurveda banyak menggunakan tumbuhan ini samaada dalam bentuk tumbuhan ini dikeringkan dan dijadikan serbuk atau terus menggunakan tumbuhan ini dalam bentuk tumbuhan segar.
3. Walaupun masih sukar untuk menentukan apakah kandungan dalam tumbuhan ini yang menyebabkan ia mempunyai nilai perubatan yang tinggi, ada kajian yang menunjukkan ia memberikan kesan positif untuk mengubati penyakit hepaptitis B.dalam satu kajian, didapati 22 daripada 37 , iaitu sebanyak 59% dari pembawa virus hepatitis B yang dirawat dengan persediaan herba dari tumbuhan ini selama sebulan telah kehilangan antigen hepatitis B setelah di uji selepas 15 hingga 20 hari selepas rawatan selesai.Jika menggunakan rawatan biasa hanya 4% dari pembawa akan kehilangan antigen untuk tempoh yang sama. Persediaan herba ini hendaklah di amalkan selama sebulan atau lebih untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Jika digunakan secara biasa , tiada kesan sampingan didapati setakat ini. Namun anda dinasihatkan mendapatkan pandangan doktor sebelum memulakan rawatan.Walaupun ia membantu mengurangkan jumlah virus hepaptitis B yang dijumpai didalam darah, ia masih tidak dapat menghilangkan kesemuanya, jadi ia bukanlah penawar kepada penyakit ini, namun mengambilannya dapat mengurangkan dan mengawal pertumbuhan dan pertambahan virus hepatitis B. Kajian lanjut masih dijalankan oleh para saintis mengenai kegunaan dukung anak untuk merawat hepatitis B. Caranya ialah mandi/ lap baby dengan air rebusan untuk penyakit kuning hingga baby sihat. Bagi hepatitis b pula..caranya ialah pokok dimasak dengan susu kambing..minum setiap hari.
4. Merawat penyakit keputihan yang dialami oleh golongan wanita... keputihan merupakan salah satu sebab wanita tidak boleh mengandung. Caranya ialah dengan air rebusan pokok sehingga baik
5. Penyakit Batu Karang
6. Pendapat orang Jawa pula mengatakan...pokok ini sesuai untuk bagi mereka yang menghadapi penyakit Darah Tinggi dan Sakit Sendi-sendi Tulang. Caranya juga dengan meminum air rebusan.
7. ubat untuk anak yang baru lahir yang kena demam kuning
8. minum air rebusan selepas dikeringkan utk kesihatan badan dan cuci bahan toksid dari badan
9. akar pokok dukung anak untuk menggurangkan demam anak kecil yang akan tumbuh gigi.caranya rebus secekak akar yg dah dibersihkan dengan segelas air dan minum ketika masih suam. Juga berkesan kurangkan demam panas
10. Mengikut darulsyifa..pokok dukung anak juga boleh digunakan untuk menghalau gangguan makhluk halus. Caranya ialah air tebu + pokok dukung anak + gula batu
Sunday, 8 June 2014
Kursus Akupuntur Klinikal dan Praktikal
Jom tambah ilmu n kemahiran.
Kursus AKUPUNTUR KLINIKAL TEORI & PRAKTIK tahap 1 & 2. Di ALOR SETAR.
27&28 Jun 2014.
Bersama DR (TCM) ASNAWATI MOHD RAFII.
Yuran Kursus RM400 shj. (Satu Tahap rm 200 shj)
20 tpt shj.. siapa cepat dia dapat..
*deposit separuh dari yuran untuk tempahan tempat
untuk info call.sms.whatsapp
Us Zahir Kasim 0194589907
Us Mohamad Zaki 0175750810
Thursday, 5 June 2014
10 titik bekam sunnah Rasulullah
10 Titik Bekam Sunnah Rasulullah S.A.W
Assalamualaikum
Baginda Rasulullah S.A.W amat menggalakkan umatnya berbekam kerana baginda S.A.W sendiri mengamalkannya. Menurut beberapa hadis ada menceritakan tentang amalan bekam yang dilakukan baginda S.A.W
Diriwayatkan dari Anas bahawa Rasulullah S.A.W maksudnya :
" Baginda berbekam di kepala ketika baginda melaksanakan ihram kerana merasa pening. Dalam riwayat yang lain kerana sakit yang dirasakan baginda. dalam tulisan yang lain kerana sakit kepala yang dirasakan baginda" (HR Bukhari, Jilid 1,hadis no 5700, At-Thibb)
Dari Anas r.a yang berkata maksudnya :
" Rasulullah S.AW pernah berbekam pada Akhda'ain dan bahu baginda" (Sahih Al-Jami' :4927)
Menurut Sahih Ibnu Hibban. At-Thibb : Jilid X111 hal 442, hadis ke 6078, diriwayatkan dar Abu Hurairah bahawa Abu Hind pernah membekam Rasulullah S.A.W pada yafukh. Maka nabi S.A.W bersabda :
"Wahai segenap kaum Ansar, nikahkanlah Abu Hind dan nikahkan anak kamu dengannya"
Lantas baginda S.A.W bersabda lagi :
"Bila pada pengubatan kamu ada yang terbaik, maka itulah bekam"
Banyak lagi hadis hadis Rasulullah S.A.W yang menceritakan tentang kebaikan berbekam yang boleh ditemui namun apa yang dapat ana tampilkan ini hanyalah sekadar penambahan ilmu buat kita semua. Semuga kita semua mendapat rahmat dan keampunan dari Allah S.W.T... Wassalam
Wednesday, 4 June 2014
PATI MINYAK ZAITUN ASLI BEST QUALITY (OLIVE HOUSE)
Anda
pernah minum minyak zaitun atau memasaknya? pernahkah anda tahu
sekiranya pembakaran pada minyak zaitun berlaku ia akan mengurangkan zat
dan nutrisi pada minyak tersebut?
Disini saya akan rungkaikan kelebihan yang ada pada Minyak Zaitun Olive House keluaran syarikat OLIVE HOUSE.
Sememangnya
terdapat banyak jenis dan jenama minyak zaitun di pasaran malaysia.
Anda sebagai pelanggan pastinya akan memilih yang terbaik di kalangan
terbaik ini kerana perbezaan harga pada keluaran yang sangat berkualit
dan kurang berkualiti sangat sedikit bezanya.
APA ITU EXTRA VIRGIN ?
Extra
Virgin ialah Minyak Zaitun yang mempunyai kualiti yang terbaik. Minyak
Zaitun hanya dianggap Extra Virgin jika proses mengeluarkan minyak
zaitun dilakukan dengan mengisar buah zaitun secara semulajadi tanpa
melibatkan bahan kimia ataupun pemanasan . Proses semulajadi ini
dipanggil "MECHANICALLY COLD PRESSED".
KENAPA MESTI TIDAK DITAPIS ?
Minyak
Zaitun yang tidak ditapis mengandungi lebih 30% "POLIPHENOLS"
berbanding minyak zaitun yang ditapis Poliphenols adalah sistem
pertahanan semulajadi bagi pokok zaitun. Apabila manusia meminum
Poliphenols, ia akan melindungi sel manusia dari serangan free radical,
virus, dan bakteria
More Info : Facebook https://www.facebook.com/QuranicFoods
Untuk tempahan pati MINYAK ZAITUN TANPA TAPIS
Sila Inbox Kami https://www.facebook.com/messages/QuranicFoods atau
hubungi kami di 017 5750810 Ustaz Zaki (sms,whatsapp)
web www.QuranicFoods.com
Info Berita : Refleksologi, akupuntur berkait rapat
Refleksologi, akupuntur berkait rapat
Selain memerlukan banyak berehat, proses urutan sedikit sebanyak dapat melegakan kesakitan dan sengal pada sendi.
Tidak hairanlah urut refleksologi, yang bermaksud terapi pengurutan tapak kaki untuk merangsang dan mengesan penyakit berpunca daripada urat saraf, kian mendapat tempat di kalangan mereka yang benar-benar menghargai kesihatan.
Melaluinya, ia bukan sahaja dapat membantu membenarkan badan melakukan penyembuhan sendiri, tetapi turut melancarkan perjalanan darah, menghilangkan lenguh serta melegakan tekanan.
Lazimnya, apabila bercakap mengenai refleksologi ia tidak akan lagi daripada membicarakan tentang terapi akupuntur kerana kedua-dua rawatan ini saling berkait rapat.
Kedua-duanya adalah kaedah rawatan tradisional Cina yang telah wujud sejak zaman berzaman lagi.
Pakar Terapi Akupuntur di Xue Lian Chinese Physician dan Penjagaan Kesihatan Sdn. Bhd., Wang Xue Lian berkata, kesakitan pada otot badan mungkin wujud kerana teknik kerja yang salah atau jenis pekerjaan yang mendedahkan mereka kepada keadaan tidak selesa.
Oleh sebab refleksologi adalah seni pemulihan semula jadi yang berasaskan kepada prinsip asas iaitu tangan, kaki dan telinga, ia dipercayai ada kaitan dan memberi gerak balas terhadap seluruh anggota, kelenjar dan organ badan.
Apabila memberi tekanan kepada titik refleks dan urutan ini akan meredakan ketegangan serta memperbaiki peredaran yang sebelum ini tidak berfungsi dengan baik.
Rawatan ini baik untuk pengaliran darah ke seluruh badan bermula dari tapak kaki kerana kawasan itu mewakili atau merangkumi seluruh anggota badan.
Ia bukan sahaja dapat melegakan ketegangan, tetapi juga melancarkan pengaliran darah serta menghilangkan lenguh dan sakit otot, ujarnya.
Menerangkan tentang prosedur ketika rawatan, kata Xue Lian, pakar terapi akan menyentuh refleksi pada tapak kaki pelanggan bagi mencari dan memulihkan urat saraf bermasalah.
Pakar terapi refleksologi juga mampu boleh mengesan pelbagai penyakit termasuk darah tinggi, kencing manis, usus, buah pinggang, migrain dan sukar tidur.
Jika pelanggan memberitahu jenis penyakit dihidapi, pakar akan mencari titik tertentu di tapak kaki untuk memberi rawatan dan seterusnya menyarankan mereka menjalankan rawatan akupuntur, ujarnya.
Sebagai contoh, jika pesakit mengalami sakit tengkuk, pakar akan merawat refleks tengkuk yang terletak di pangkal ibu jari dan bukan menggosok tengkuk yang sakit.
Prinsip urutan refleksologi adalah mengelak daripada menyentuh tempat yang sakit supaya ia tidak menjadi lebih teruk.
Xue Lian turut memberitahu, ketika mengurut keseimbangan memainkan peranan penting. Oleh sebab itu kedua-dua telapak kaki akan diurut bagi melancarkan pengaliran darah.
Menerangkan secara ringkas mengenai rawatan akupuntur pula, beliau berkata, ia bukan sahaja berfungsi untuk merawat, sebaliknya ia mengejutkan deria yang sebelum ini tertidur untuk bekerja seperti biasa, seterusnya mengembalikan kesihatan tubuh seperti sediakala.
Ditanya bagaimana jarum halus berfungsi mengurangkan kesakitan, katanya, dalam perubatan Cina, ketidakseimbangan aliran tenaga yang dikenali sebagai qi (disebut chi), akan menyebabkan masalah kesihatan.
Qi ini dipercayai mengalir dalam badan melalui laluan tertentu yang boleh ditembusi pada 400 titik akupuntur.
Dengan memasukkan jarum halus pada titik berkenaan, pengamal akupuntur percaya ia boleh menyeimbangkan semula tenaga tadi dan membolehkan mekanisme pemulihan badan secara semula jadi.
Biasanya rawatan akupuntur memerlukan beberapa sesi iaitu antara 10 hingga 12 sesi. Namun, ia juga bergantung kepada beberapa faktor termasuk jenis dan tahap masalah setiap pesakit serta tindak balas badan pesakit terhadap rawatan akupuntur, terangnya.
Menurut Xue Lian, bilangan jarum tidak boleh dijadikan sebagai pengukur keberkesanannya kerana ia sebenarnya bergantung kepada tindak balas badan terhadap rawatan.
Katanya, ada orang memang dilahirkan mempunyai tindak balas badan cepat dan bagi individu begini, mereka lebih cepat sembuh berbanding orang lain.
Beliau berkata, penggunaan akupuntur mungkin boleh melegakan kesakitan dialami tetapi jika puncanya tidak ditangani, masalah sama akan berulang.
Contohnya bagi pesakit lumpuh separuh badan dan pundi kencingnya tidak berfungsi, pengamal perubatan mungkin boleh menggunakan akupuntur sebagai satu cara memulihkan fungsi pundi kencing.
Pundi kencing boleh kembali berfungsi seperti asal jika jarum dicucuk pada titik betul.
Oleh kerana itu katanya, sebelum pelanggan menjalani rawatan akupuntur, pelanggan perlu menjalani ujian mengenalpasti tahap kesihatan, sebelum menjalani rawatan akupuntur.
Katanya, tujuan jarum ini dicucuk ialah untuk menghidupkan sel dalam badan dan membuang toksik dengan menggunakan rangsangan elektrik.
Sementara itu, koordinator di pusat tersebut, Ng Shin Cheong berkata, selain mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan, para terapi akupuntur di pusat tersebut juga terdiri daripada mereka yang berpengalaman dan berkelulusan dari Kolej Perubatan Henan Chinese, China.
Katanya, apa yang membezakan refleksologi dan rawatan akupuntur dengan rawatan lain, ia merupakan kaedah penjagaan kesihatan yang tidak menggunakan sebarang ubat dan tidak sakit.
Apa yang anda perlu tahu tentang refleksologi
* Berdasarkan sejarah, rawatan refleksologi berasal dari Mesir sebelum disebarkan ke seluruh dunia, terutama China, sejak 5,000 tahun dahulu.
* Ia boleh meredakan tekanan sama ada disebabkan kerja, masalah peribadi mahupun persekitaran.
* Refleksologi berasaskan kepercayaan setiap bahagian kaki adalah cermin kepada anggota badan (kaki kiri untuk anggota belah kiri dan kaki kanan pula menggambarkan anggota kanan badan).
* Walaupun refleksologi sesuai untuk semua peringkat umur dan kesihatan, tetapi jika mengalami masalah darah beku atau luka pada tapak kaki, anda disaran mendapatkan rawatan moden untuk mengatasinya terlebih dulu.
* Berusia ratusan tahun yang lalu, rawatan alternatif akupuntur amat terkenal kerana kemujaraban merawat penyakit.
* Akupuntur berasal daripada perkataan Greece, iaitu acus (jarum) dan puncture bermakna cucuk.
* Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dari 2002 sehingga 2005 mendapati, populariti akupuntur sebagai rawatan pelengkap semakin meningkat.
* Walaupun tiada data mengenai penggunaan akupuntur di Malaysia, tetapi ia juga dilihat semakin popular, malah turut diperkenalkan di hospital kerajaan dan swasta bagi melengkapkan lagi rawatan.
* Mereka yang menjalani rawatan akupuntur juga dinasihatkan berpantang, termasuk mengamalkan gaya hidup sihat.
Kursus AKUPUNTUR KLINIKAL TEORI & PRAKTIK tahap 1 & 2. ALOR SETAR
Kursus AKUPUNTUR KLINIKAL TEORI & PRAKTIK tahap 1 & 2. Di ALOR SETAR.
27&28 Jun 2014.
Bersama DR (TCM) ASNAWATI MOHD RAFII.
Yuran Kursus RM400 shj. (Satu Tahap rm 200 shj)
20 tpt shj..Berbaki 5tpt..
untuk info call.sms.whatsapp
Us Zahir Kasim 0194589907
Us Mohamad Zaki 0175750810